Salaam,
Aku
menuju ke peti surat dan mengambil dua keping kad Raya yang dihantar
oleh suami yang masih di "simpan " oleh Hamid Albar di Kem
Kamunting.Satu untuk ku dan satu untuk Suhaib. Jari ku terlalu ingin
untuk mengoyak dan membaca isinya tetapi segera disergah oleh Suhaib
yang akan di hantar ke sekolah untuk program iktikaf dan mukhayyam."
Ummi, kita baca kad dalam kereta saja lah, dah lewat ni..." kata-kata
itu mematikan segala keinginan tersebut.
Aku
memandu agak perlahan.Suhaib yang kelihatan agak ceria, memasang
memasang radio dan sesekali tersenyum mendengar celoteh DJ bertugas. .
"Baca lah kad yang abah kirim tu" kataku sambil menjeling padanya yang
tersandar disebelah ku. Dia segera mencapai envelope putih bersaiz 4 x
8 inci itu mengoyakkan kulit dan mengeluarkan isinya. Sebuah kad raya
yang manis warnanya, coklat dengan kombinasi keemasan.
Suhaib
membaca seketika ,tapi kemudian segera meletakkan kad itu didalam laci
dashboard. Wajahnya tiba-tiba muram dan muncungnya kelihatan agak
panjang.
"Kenapa ni? Apa yang abah tulis?Abah marah Suhaib ke" tanya ku bertalu-talu.
Suhaib mendiamkan diri.Wajahnya dihalakan ke arah tingkap sebelah kiri.
Aku
sudah masak benar dengan sikap orang bujang disebelahku ini. Malas nak
layan.Kami berdua sama-sama membatukan diri.Perjalanan dari Keramat ke
Gombak terasa begitu lama sekali.Tiba di laman sekolah, Suhaib segera
menghulurkan tangan, bersalam dan mencium tanganku.Aku ingin mencium
pipinya tetapi cepat-cepat dia memalingkan wajahnya.Aku perasan hidung
dan matanya nya merah sedikit.Tanpa sepatah kata, terus saja dia
membuka pintu kereta dan berjalan meninggalkan ku yang masih
termangu-mangu.
Aku mencapai kad Raya di laci
kereta dan meneruskan perjalanan menghala ke Hulu Kelang. Aku cuba
membaca kad Raya itu,tetapi tulisan yang agak halus itu menyukarkan aku
memahami isi kandungannya. Aku memberhentikan kereta di tepi jalan dan
melihat kad itu semula.
" Suhaib, di Hari Raya
ini, abah mohon jutaan maaf kerana sejak tujuh tahun yang lalu,
abah tak pernah belikan baju Raya dan kasut baru untuk Suhaib.Abah juga
terlalu ingin untuk membawa Suhaib ke kedai dan membeli barang-barang
yang Suhaib suka. Abah juga minta maaf kerana tidak dapat membesarkan
Suhaib dan memberi didikan yang baik sepertimana bapa orang lain.Abah
terlalu rindu untuk bersama-sama Suhaib dan Umi dan menyambut Raya
macam orang lain....."
Ohhhh!!!! Ucapan ini ke
yang menyebabkan Suhaib muncung macam ikan todak. Aku pun terasa sayu
juga membaca ucapan itu.Air mataku sendiri bergenang. Nasib baik aku
sedang bersendirian di kereta.
Pada ketika itu, aku hanya mampu berdoa supaya kezaliman ISA segera di angkat
dari keluarga kami.
Yahoo! Toolbar is now powered with Search Assist.Download it now!
http://sg.toolbar.yahoo.com/