Fwd 
good info to share....


 
Subject:HOROSKOP
 
 
 
 
  
Pagi  tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang  
dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu  yang telah 
dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih  mengejutkan aku lagi 
apabila salah sorang panel tersebut  memaklumkan bahawa membaca horoskop 
walaupun suka-suka maka  solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya 
Tuhanku.. Aku  selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi 
sebelum  memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut  untuk 
rujukan dan renungan kita  bersama. 
  
SOLAT  mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah  atau di 
internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak  kira mereka percaya 
atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama  seperti berjumpa dengan tukang  
ramal. 
  
Pensyarah fakulti Syariah dan  Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia 
(USIM), Nik Salida  Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan 
ulasan  ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan  
bintang. 
  
Katanya, walau seseorang itu tidak  membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap 
tidak diterima selama  40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan 
itu, maka  orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun  
katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan  dan 
mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi  wajib kerana tujuan 
memberi pengajaran kepada orang  lain. 
  
"Jelas  amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan  
ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan  perkara main-main 
atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan  hukum Islam," katanya. 
Katanya, perkara itu juga jelas daripada  hadis riwayat Muslim bahawa 
Rasulullah SAW bersabda yang  bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun 
kemudian dia  membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang 
 itu tidak diterima Allah selama 40  hari." 
  
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari  ini terhadap ilmu ramalan termasuk 
membaca horoskop dibincangkan  Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah 
Temerloh, Badli Shah  Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang 
disiarkan malam  Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas 
mengenai  ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan  
berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana  Allah memberi 
amaran mengenai golongan pembohong  itu. 
  
Nik  Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan  mereka 
membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan  bermula daripada 
suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi  obses seterusnya terpengaruh 
dengan apa yang  dibaca. 
  
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini  yang melanggan ramalan bintang 
melalui khidmat pesanan ringkas  (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan 
mengenai nasib mereka  atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu 
atau  bulan. 
  
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja  merosakkan akidah malah menyebabkan hidup 
mereka tidak keruan  kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan 
kepada  aktiviti atau perancangan mereka pada hari  itu. 
  
"Jika  tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS  
horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang  diramalkan untuk kita 
hari itu. Begitu juga dengan membaca di  akhbar dan majalah, kenapa kita hendak 
tahu  ramalan. 
  
"Jika  katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja  
dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki  yang dapat 
sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah,  juga aspek psikologi. 
  
"Daripada suka-suka itu juga apabila  kebetulan perkara diramalkan itu benar 
berlaku ia mula menerbitkan  kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh 
ke lembah  kepercayaan perkara karut-marut ini,"  katanya. 
  
Badli  Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan  
tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah  mereka yang 
tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau  berkata, Allah sudah 
memberi amaran mengenai golongan itu di dalam  al-Quran di mana Allah murka dan 
mengatakan mereka sebagai  golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului 
takdir Allah.  Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat  
Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan  izin Allah dan 
ini memberi kesan daripada sudut akidah  mereka. 
  
"Jika  Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi.  Tukang 
ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap  tetapi tanpa izin 
Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok,  zaman moden ramai yang 
kembali percaya dan mencari petunjuk  daripada zodiak," katanya. 
  
Katanya, kepercayaan kepada ramalan  terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh 
mendatangkan kesan  negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, 
 permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang  diberitahu 
mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan  berkahwin lagi pastinya 
menyebabkan berlaku perbalahan dan paling  malang lagi jika perkara itu  tidak 
benar sama sekali. 
  
Rasulullah SAW turut berdepan dengan  kelompok masyarakat Arab yang taksub 
dengan ramalan dan kiraan  bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan 
itu terdiri  daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang  
dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.  Malah, Baginda 
SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta  Baginda meramal masa depan 
orang Arab tetapi Baginda memberitahu,  jika diketahui perkara ghaib nescaya 
dirinya sudah mendapat  kemewahan serta terlepas dari  musibah. 
  
Mengulas mengenai sejarah Bintang 12,  Badli Shah berkata, kepercayaan itu 
berasal dari Mesopotania,  daerah asal orang Babylon terletak antara sungai 
Tigris dan  Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang  
sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum  masihi dan secara bertahap. Amalan dan 
kepercayaan itu semakin  berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop 
atau  Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir  berpandukan 
bintang. 
  
"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka  yang lahir 22 Disember hingga 20 
Januari ikut mitos Yunani ialah  lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus 
dan pernah beri air  pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno 
ketika  kecil. 
  
"Oleh  itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan  bercahaya 
di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di  sini pun banyak 
kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam  perlu renung sejenak adakah 
bintang ini sesuai dengan peribadi  Muslim. 
  
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada  bintang kambing biri-biri atau 
lambang orang lelaki gagah tuang  air dalam tempayan besar sedangkan banyak 
perkara lain lebih  bermanfaat yang boleh kita fikirkan,"  katanya. 
  
Justeru, beliau menasihati kepada umat  Islam supaya menjauhi amalan membaca 
ramalan bintang atau tulang  tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh 
memberi kesan kepada  akidah serta amalan solat yang  dilaksanakan... 
 

________________________________


      

Kirim email ke