----- Forwarded Message ----
From: duA kAlI LimA <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Sent: Monday, October 20, 2008 12:19:15
Subject: only Easy for choice Common Thinking (http://2x5.blogspot.com)

duA kAlI LimA  
only Easy for choice Common Thinking (http://2x5.blogspot.com)   
Dua Produk Jenama Munchy's Disita Untuk Analisis Di Makmal 
Posted: 19 Oct 2008 10:33 PM CDT

Munchy's Mini Crackers with Peanut Butter & Munchy's Mini Crackers with Cheese 
Cream

KUALA LUMPUR, 20 Okt - Kementerian Kesihatan menyita dua produk biskut jenama 
Munchy's keluaran Malaysia - Munchy's Mini Crackers with Peanut Butter dan 
Munchy's Mini Crackers with Cheese Cream - yang dilapor mengandungi melamin 
melebihi tahap yang dibenarkan.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Noraini 
Mohd Othman berkata kementerian membuat pemeriksaan terhadap kilang itu 
berikutan laporan yang mengatakan pihak berkuasa Hong Kong mengesan dua produk 
berjenama Munchy's itu mengandungi melamin melebihi tahap dibenarkan.

"Sampel produk itu telah dihantar kepada makmal untuk dianalisis tahap 
kandungan melamin," katanya dalam kenyataan di sini hari Ahad.

Sementara itu, hasil keputusan terhadap 11 jenis produk makanan yang disita dan 
dianalisa mendapati kesemuanya mematuhi tahap melamin yang ditetapkan.


Sebelas produk makanan itu ialah Amoy Flour Vermicilli (Sau Tao), Chocolate 
Cookies (Golden Fuji), Chocolate Drink (Garden Stone), Cream Flavour Biscuits 
(Hong Da Food), Creamy Peanut Butter (Kinus), Crips Chocolate Flavour Cracker 
(Golden Fuji), Fiber Cracker (Aji), Gula Udang Merah (Sanwa), House of Steamed 
Potato (Silang), Saltine Crackers (Four Seas) danThe Original Danish Butter 
Cookies (Silang).

Beliau turut menasihatkan pengguna agar tidak membeli biskut yang dijual di 
pasar malam, pasar tani, bazar malam yang tidak mempunyai label.

"Pengguna dinasihat sentiasa membaca label makanan sebelum membeli sesuatu 
produk di pasaran dan perlu menyemak senarai produk yang tidak mematuhi tahap 
bagi melamin yang ditetapkan di laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti 
Makanan (BKKM)," katanya.

Noraini berkata orang ramai yang mempunyai keraguan boleh menghubungi BKKM di 
talian 03-88833655, 88833503, 88833652, 88833500 yang dibuka dari pukul 8 pagi 
hingga 9 malam atau melayari laman web http:/fsg.moh.gov.my dari semasa ke 
semasa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Munchy Food Industries Sdn Bhd C.K. Tan 
dalam kenyataannya berkata tiada satu pun produk syarikat itu mengandungi bahan 
berasaskan susu dari China, sebaliknya dari Australia dan Perancis.

Beliau berkata Munchy akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian 
Kesihatan yang sedang menganalisis produk berkenaan dan akan mengambil tindakan 
yang selaras dengan keputusan ujian makmal itu.

Beliau berkata produk Munchy dihantar kepada agensi pensijilan bebas iaitu 
Chemical Laboratory (M) Sdn Bhd di Malaysia danPacific Lab Services of Zargo 
Singapura untuk diuji dan hasil ujian mendapati ia selamat untuk digunakan. - 
bernama
  
Ruam kesan penggunaan telefon bimbit 
Posted: 19 Oct 2008 09:28 PM CDT

LONDON: Doktor yang masih bingung mengenai kemunculan ruam tidak dapat 
dijelaskan pada telinga atau pipi pesakit, memberi amaran bahawa sesetengah 
orang mungkin mempunyai alahan kulit akibat penggunaan telefon bimbit yang 
keterlaluan.

Persatuan Pakar Dermatologi Britain dalam satu kajian mengesan ruam merah atau 
gatal, dikenali sebagai 'dermatitis telefon bimbit', memberi kesan kepada orang 
ramai yang mempunyai reaksi alahan kepada permukaan nikel telefon bimbit 
selepas menghabiskan masa panjang menggunakan alat itu.

"Memang doktor perlu menyedari perkara ini jika mereka melihat pesakit yang 
mengalami ruam pada pipi atau telinga yang tidak dapat dijelaskan 
kemunculannya," kata persatuan itu.


Ia berkata, ramai doktor tidak sedar telefon bimbit boleh menyebabkan keadaan 
itu.

Kebimbangan mengenai keselamatan telefon bimbit terus memuncak ketika semakin 
ramai orang bergantung kepadanya untuk berkomunikasi setiap hari walaupun bukti 
tidak menunjukkan teknologi itu menjejaskan kesihatan apabila tiba pada keadaan 
lebih serius seperti barah otak.

"Dalam kes dermatitis telefon bimbit, ruam selalunya berlaku pada pipi atau 
telinga, bergantung di mana bahagian logam telefon itu bersentuhan dengan 
kulit. Secara teori, ia juga boleh muncul pada jari jika menghabiskan banyak 
masa menekan butang menu logam," kata persatuan itu dalam satu kenyataan.


Nikel ialah logam yang ditemui dalam pelbagai produk, daripada telefon bimbit 
hingga barang kemas dan kepala tali pinggang dan antara salah satu punca paling 
biasa menyebabkan alahan kulit, menurut Klinik Mayo di Amerika Syarikat.

Awal tahun ini, Lionel Bercovitch dari Universiti Brown di Providence, Rhode 
Island dan pasukannya menguji 22 telefon bimbit popular dari lapan pengeluar 
berbeza dan mendapati nikel terkandung dalam 10 daripada peralatan itu. - 
Reuters   
You are subscribed to email updates from duA kAlI LimA 
To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. Email Delivery powered 
by FeedBurner 
Inbox too full?  Subscribe to the feed version of duA kAlI LimA in a feed 
reader. 
If you prefer to unsubscribe via postal mail, write to: duA kAlI LimA, c/o 
FeedBurner, 20 W Kinzie, 9th Floor, Chicago IL USA 60610 

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke