sekadar memanjangkan..

Terapi solat
Oleh Ziauddin Sharuddin
[EMAIL PROTECTED]








KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang 
diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi 
terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama 
meningkatkan tahap kesihatan manusia. 

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak 
dikaji dari sudut kerohanian. 

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat 
seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan 
tahiyat akhir. 


 
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? 

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap 
hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada 
penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. 

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam 
mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. 





Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.


Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk 
seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di 
Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr 
Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok. 

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 
dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat 
menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, 
termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan 
aktiviti otot. 

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah 
jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. 

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan 
mental manusia ketika melakukan solat. 





SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti 
otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang 
otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya. 

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif 
apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan 
Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini 
mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris. 

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di 
negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak 
menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM. 

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian 
khusus terhadap solat tahajud. 

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. 
Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti 
meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat 
barah. 

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di 
Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati 
bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang. 

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan 
mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. 

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata 
antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang 
biasa dan ulama. 

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. 
Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa 
kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya. 

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai 
ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian 
dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu. 

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada 
kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat 
pelbagai penyakit. 

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian 
awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk 
merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit 
itu. 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke