JUNHAIRI BIN ABD JALIL
019 - 363 5331
Pertanyaan tentang loan - 012 - 972 7430 (Puan Noraini)
Pertanyaan tentang jawatan kosong dalam Bank Islam - 03 - 2282 8400 (Puan
Waheeda)
Pejuang Kemerdekaan Shamsiah Faker meninggal dunia.
Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti
Komunis Malaya (PKM), menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman
anak lelakinya Jamaluddin Ibrahim di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia sejak bulan lepas, dikebumikan di tanah
perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur jam 5.30 petang.
"Selepas 22 hari berada di hospital, allahyarham sendiri minta pulang ke rumah.
Beliau rasa tiba masanya, beliau ingin menghabiskan masa untuk bersama
anak-anak dan cucu-cucu," kata Jamaluddin.
Shamsiah dibawa pulang ke rumah anaknya Sabtu lepas dan hanya menghabiskan masa
tidur seharian suntuk semalam.
"Pagi tadi, apabila kami kejutkannya, (nyawa) beliau sudah tidak ada. Wajahnya
kelihatan tenang," kata anak bongsu itu daripada tiga adik-beradik yang
berlainan bapa.
Tambahnya, lebih seratus sanak-saudara dan teman-teman dekat allahyarham
pelbagai kaum termasuk timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan penulis
kolum Hishamuddin Rais hadir memberikan penghormatan terakhir.
Suasana hujan sewaktu pengebumian petang ini menambahkan rasa kehilangan tokoh
wanita itu yang mengalami sakit-sakit sejak 10 tahun lalu.
Menurut memoirnya (kiri), Shamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri
Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.
Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan
Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga
pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar s emangat sebilangan
pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.
Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.
Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam
rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di
bawah penjajahan.
Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya
dengan bekerja di kilang besi.
Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas
termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan
Thailand pada 1989.
.
Legal Notice: This electronic communication, including any attachments,
contains information from Cytec Industries Inc. or its subsidiaries that may be
legally privileged, confidential, and exempt from disclosure under applicable
law. If you are not the intended recipient, any use or dissemination of this
communication or its attachment(s) is strictly prohibited and may be illegal.
If you have received this communication in error, please notify the sender
immediately, destroy any printed copies and delete it from all computers on
which it may be stored.