Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN
BREATHE Right Nasal Strips
untuk hidung normal dan sensitif sesuai bagi membantu mengatasi masalah
berdengkur dan hidung tersumbat.
BERDENGKUR merupakan gangguan pernafasan yang paling kerap melanda masyarakat
tanpa mengira usia dan jantina.
Di Malaysia, dilaporkan lebih lima juta rakyat tidur berdengkur sama
ada disedari atau tidak. Jumlah itu melibatkan kira-kira 45 peratus
kaum lelaki dan 30 peratus wanita yang berdengkur setiap kali mereka
tidur.
Ini bermaksud, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kita
menghadapi gangguan tidur yang sukar diatasi kerana berpunca daripada
dengkuran suami atau isteri sehingga kadang kala menjejaskan hubungan
intim antara kedua-duanya.
Malang sekali, kebanyakan orang menyifatkan dengkuran hanya sekadar
satu kejengkelan sedangkan ia sebenarnya masalah serius yang perlu
diatasi segera bagi mengelak penyakit lebih kronik seperti jantung
terhenti dan angin ahmar.
Konsultan dan Pakar Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Lam Wah Ee,
Pulau Pinang, Dr. K. Gopalan Nair berkata, berdengkur disebabkan oleh
halangan pada rongga hidung apabila saluran pernafasan menjadi sempit
kerana otot akan mengendur sewaktu tidur.
“Selain itu, punca lain seperti uvula terlalu panjang, tonsil
membengkak dan saiz lidah membesar akibat obesiti juga mengakibatkan
gangguan pernafasan ketika tidur.
“Lain-lain punca adalah rongga hidung tersumbat akibat selesema atau alergi dan
keadaan septum membengkok.
“Semua keadaan ini mengakibatkan mulut terbuka memandangkan rongga
hidung tidak mampu mengawal pengaliran keluar masuk normal melalui
hidung.
“Disebabkan komplikasi tersebut, 87 peratus orang yang berdengkur
bangun tidur dalam keadaan letih, manakala 93 peratus pula mengalami
hidung tersumbat,’’ katanya.
Mengikut kajian, daripada sejumlah 45 peratus orang dewasa yang
kadang kala tidur berdengkur, kira-kira 25 peratus daripada mereka
sentiasa berdengkur setiap kali melelapkan mata.
Hal ini boleh mengakibatkan masalah yang lebih serius apatah lagi
jika ia mendatangkan gangguan kepada corak tidur dan merampas hak
individu itu untuk mendapatkan rehat secukupnya.
Bahaya sebenar timbul apabila tabiat berdengkur itu lama kelamaan
menimbulkan masalah kesihatan jangka panjang, antaranya Obstructive
Sleep Apnea (OSA).
OSA boleh mengakibatkan pesakit berhenti bernafas berulang kali
sewaktu tidur, kadang kala beratus kali pada waktu malam selama 60 saat
atau lebih.
“Kombinasi gangguan tidur dan kekurangan oksigen boleh mendatangkan
hipertensi, penyakit jantung, masalah ingatan, berat badan meningkat,
kemandulan, sakit kepala, cepat marah atau keletihan.
“Ini kerana kualiti tidur yang rendah boleh menjejaskan prestasi di
tempat kerja, mengantuk pada waktu siang dan lebih teruk lagi terlelap
ketika memandu,’’ jelas beliau.
Menurut Gopalan lagi, rawatan untuk mengatasi masalah dengkuran dan OSA berbeza
mengikut setiap individu.
Terbukti secara klinikal
Beberapa cara mudah untuk berhenti berdengkur adalah mengurangkan
berat badan, tidak minum alkohol terutama sebelum tidur, elak mengambil
pil tidur dan berhenti merokok.
Rawatan pembedahan seperti Septoplasty mampu membetulkan septum
membengkok (deviated septum) yang mengakibatkan gangguan pernafasan
apabila tidur.
Kaedah rawatan lain pula termasuk penggunaan alatan pergigian khas,
pelekat hidung atau sejenis mesin seperti alat bantuan pernafasan
digunakan sewaktu tidur untuk menolak oksigen terus ke paru-paru dengan
menembusi halangan pada rongga udara.
Breathe Right Nasal Strip yang diperkenalkan GlaxoSmithKline
Consumer Healthcare (GSK) baru-baru ini, bukan sahaja membantu
mengatasi masalah berdengkur bahkan membantu melegakan rongga hidung
tersumbat akibat selesema atau alergi.
Pelekat hidung tanpa mengandungi ubat-ubatan itu hanya perlu
diletakkan pada batang hidung dengan betul untuk mengembangkan lubang
hidung dan meluaskan rongga pernafasan.
Naib Presiden dan Pengurus Besar GSK Asia Tenggara, Akhil Chandra
memberitahu, produk berkenaan terbukti secara klinikal dalam
meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam rongga.
“Ia dapat mengurangkan kekuatan bunyi dan frekuensi dengkuran
seseorang itu sebanyak 31 peratus dan tidak mengandungi sebarang bahan
kimia.
“Oleh itu, ia selamat digunakan oleh semua orang termasuk wanita
mengandung dan kanak-kanak serta ideal untuk mereka yang bimbang
terhadap kesan sampingan ubat diambil secara oral,’’ katanya.
Breathe Right boleh diperoleh pada harga RM6 dan RM12 di mana-mana farmasi
seluruh negara. - utusan
Modenisasi hanya
Untuk haiwan di rimba
Globalisasi cuma
Jadi tuan si hamba
Monarki untuk apa
Badut-badut istana
-Laila’s Lounge-
Pertanyaan tentang loan - 012 - 972 7430 (Puan Noraini)
Pertanyaan tentang jawatan kosong dalam Bank Islam - 03 - 2282 8400 (Puan
Waheeda)