1. 5% itu adalah bayaran pendahuluan membeli rumah. pada masa puan membeli 
rumah tersebut, bank hanya memberi pinjaman sehingga 95% daripada harga rumah, 
sebab itu puan kena keluarkan sendiri 5% tersebut.

sekarang, perlu lihat market value rumah tersebut. biasanya market value rumah 
akan meningkat.

contohnya, rumah yg dibeli dahulu pada harga rm100,000, mungkin market valuenya 
sudah jadi rm150,000. katakan bank masih menggunakan polisi yang sama iaitu 
membenarkan pinjaman sehingga 95% (walaupun biasanya sekarang hanya 90% 
dibenarkan), bermakna rumah tesebut boleh difinance pada nilai rm142,500 (95% 
drpada 150,000). 

ini bermakna, puan bukannya perlu membayar kepada bank, tetapi puan boleh 
mendapat wang tambahan sekitar 42,000. tetapi, ini bukan wang percuma, ianya 
perlu dibayar kerana ia adalah wang pinjaman. seeloknya buatlah pinjaman pada 
harga asal rumah tersebut, atau berdasarkan kepada berapa baki pinjaman puan 
sekarang.

keadaan sebaliknya berlaku jika market value rumah puan menurun daripada nilai 
semasa puan membelinya (keadaan ini sangat jarang berlaku). dalam kes ini puan 
dinasihatkan tidak merefinancekan rumah puan.

keterangan lanjut, boleh jumpa mana-mana officer di bank berdekatan. mereka 
tidak segan menolong puan kerana mereka dibayar untuk itu.

2. puan punya pilihan untuk mengambil insuran atau tidak. kalau puan mahu 
mengambilnya, puan juga mempunyai pilihan sama ada mahu membayarnya secara 
tunai atau memasukkan jumlah insuran itu ke dalam amaun pinjaman puan. biasanya 
skim refinance di bank mempunyai ciri-ciri ini.

3. kos guaman ini saya kurang pasti. saya tidak dikenakan apa-apa kos guaman 
ketika merefinance rumah saya baru-baru ini. mungkin bank sudah pun absorb 
dalam caj interest yang dikenakan.





________________________________
From: JUNHAIRI BIN ABD JALIL <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Sent: Thursday, November 13, 2008 9:02:35 AM
Subject: [(jdk)] Re: Pertanyaan...

 
salam..
tak dapat saya nak menjawabnya. minta tolong sesapae yang boleh jawab untuk 
emel jawapannya ke puan shafira spt alamat kat bawah.

--- On Tue, 11/11/08, SHAFIRA AINA <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: SHAFIRA AINA <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Pertanyaan...
To: [EMAIL PROTECTED]
Date: Tuesday, November 11, 2008, 10:16 PM


Salam dan Selamat Tghari....
 
Sorry sy mengganggu....sy skdr nk bertanye....harap En. Junhairi dapat tolong...
Saya pernah berkongsi name dgn abang utk membeli rmh abg sy...skrg sy sdh 
brkhwin dn rmh yg sy tggl atas nm suami dn nm sy....sy pernah mengeluarkan EPF 
sms mbli rmh brsama abg....Skrg sy mrcg utk keluarkan name dr rumah abg.....
 
Saya nak tanye :-
 1 - Kalau sy refinance adakah sy kena byr balik 5% dr hg rumah spt sy mula2 
beli dlu
 2 - Yg saya tahu rumah tsbut covered insurans sekali so adakah saya d kenakan 
charge.
 3 - Adakah kos peguam utk urusan refinance mencecah rm5k
 
Saya berterima kasih sgt kalau Encik dapat tolong saya...
 
 
Thanks a lot...
  
________________________________
 Get your preferred Email name!  
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com. 
 


      

Kirim email ke