tu ler ke ni?.....aku pun slalu baca gak... tapi hanya bacaan sahaja/..........

--- On Thu, 11/13/08, Sitti Zaiton Abd Rahim PNG TME <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: Sitti Zaiton Abd Rahim PNG TME <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: [(jdk)] FW: horoskop
To: [email protected]
Date: Thursday, November 13, 2008, 4:50 PM







 
 
Thanks & Regards,
 
 
Sitti Zaiton Bt. Hj Abdull Rahim
TME
Tel :04-3998724 Ext. 287
Email :Sitti-Zaiton. Abd-Rahim. ZF-Lenksysteme. com
Website : www.zf-lenksysteme. com
 

 













 




















Pada sesiapa yg suka baca, mulai ari ni x yah la buat







  















Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan 
oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan 
melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah 
sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka 
maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu 
jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. 
Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita 
bersama. 
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di 
internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya 
atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal. 
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia 
(USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan 
ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang. 
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap 
tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan 
itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad... 
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan 
dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana 
tujuan memberi pengajaran kepada orang lain. 
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan 
ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main 
atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya. 
Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah 
SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia 
membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak 
diterima Allah selama 40 hari." 
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk 
membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah 
Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang 
disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. 
Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton 
menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal 
kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu. 
Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca 
ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu 
akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa 
yang dibaca. 
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang 
melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan 
mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu 
atau bulan. 
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup 
mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan 
kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu. 
"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. 
Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. 
Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu 
ramalan. 
"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja 
dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat 
sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi. 
"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar 
berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh 
ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya. 
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang 
tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak 
percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. 
Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam 
al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan 
serta penipu kerana mendahului takdir Allah. 
Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa 
bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi 
kesan daripada sudut akidah mereka. 
"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal 
pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah 
tidak akan berlaku.. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali 
percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya. 
Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh 
mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, 
permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. 
Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa 
suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling 
malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali. 
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub 
dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan 
itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang 
dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. 
Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal 
masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib 
nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah. 
Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu 
berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai 
Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. 
Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara 
bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang 
dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan 
tarikh lahir berpandukan bintang. 
"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 
Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus 
dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika 
kecil. 
"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya 
di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak 
kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah 
bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim. 
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau 
lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak 
perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya. 
Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca 
ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi 
kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. .. 


 
____________ _____

::mehatespink: :

 
 




Confidential information may be contained in this e-mail and any files 
transmitted with it ('Message'). If you are not the addressee indicated in this 
Message (or responsible for delivery of this Message to such person), you are 
hereby notified that any dissemination, distribution, printing or copying of 
this Message or any part thereof is strictly prohibited. In such a case, you 
should delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail. 
Opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate 
to the official business of Maxis shall be understood as neither given nor 
endorsed by Maxis.
 
 
 
 
 


 


 ------------ ----
Vorsitzender des Aufsichtsrats: Hans-Georg Härter
Geschäftsführung: Michael Hankel (Vorsitz), Bertram Hoffmann, Wolfgang Runge, 
Karl-Heinz Schrödl, Wolfgang Zeitz
Sitz: Schwäbisch Gmünd - Handelsregistereint rag: Amtsgericht Ulm HRB 701678

Achtung: Die Werke der ZFLS in Schwäbisch Gmünd liegen seit 1. März 2008 in 
einer Umweltzone
http://www.zf- lenksysteme. com/index. php?bwp=m: 9-n:20-s: -o:-l:1-p: 1-na:2


 














      

Kirim email ke