<[email protected]>
---------- Forwarded message ----------
From: <pela...@yahoo>
Di satu kaki lima yang sibuk di sebuah kota, terdengar seorang penjual
ubat sedang mempromosikan ubat jualannya.
*Penjual ubat* : Mari! Mari! Abang, adik, kakak, makcik, pakcik! Saya ingin
memberitahu anda semua sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa!
Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini! Nescaya anda tidak
akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun! Saya telah menjualnya di
merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang
kesahihannya! Cubalah! Bandar ini bakal dilanda gempa pada tepat jam 11.30
pagi nanti!!
Orang ramai yang lalu lalang di situ pun terpinga-pinga mendengarnya. Oleh
kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia hari ini,
mereka pun tanpa was-was berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.
Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun untuk membeli
ubat tersebut. Dalam ramai-ramai itu adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa
membelinya kerana waktu gempa sudah semakin hampir. Pakcik itu dan mereka
yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan
gempa bumi yang bakal berlaku.
Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Satu minit berlalu...dua minit
berlalu.....hingga minit yang ke sepuluh, pakcik tadi pun berteriak kepada
penjual ubat itu.
*Pakcik* : Eh! Dah lama dah ni! Mana gempanya? Awak tipu kami ya?
*Penjual ubat* : Haa! Kan betul apa saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa
gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat
mujarab!!
*Pakcik* : ????
"Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia KERUH.Jika <http://keruh.jika/> HATI
seputih AWAN,jangan biar ia MENDUNG. "
*`»¦«` ChEm `»¦«` *
[image: Image and video hosting by
TinyPic]<http://dreamsmania.com/index.php/topic,7665.0.html>
*
*Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia
meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya
.
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang
selagi ada hayatnya