biar susah, jangan menyusahkan..     JUNHAIRI BIN ABD JALIL  EKSEKUTIF 
PEMASARAN (KAD KREDIT)  BANK ISLAM, BANK RAKYAT, EONBANK & MAYBANK ISLAMIC 
IKHWAN CARD  019 - 363 5331  
Pertanyaan tentang loan - 017 - 6142181 (Hanina)



semoga kita tidak tergolong dlm kalangan mereka....

Apa jenis anak ..
Minta2 aku dijauhkan .. MACAM MACAM ADA


Subject: ‘Gaji saya tidak cukup’



‘Gaji saya tidak cukup’
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
[email protected]


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam diberitahu seorang
pensyarah sebuah universiti dan suaminya yang sebelum ini bersetuju
memenuhi beberapa tuntutan termasuk menyara nafkah sepanjang hayat ibu
bapanya, pendapatannya tidak mampu menampung perbelanjaan bulanan mereka.

Raja Suzana Kassim, 39, berkata pendapatan bulanannya berjumlah RM4,400
tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan menyebabkan kekurangan
itu terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.

Selain itu, dia turut memaklumkan mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank
termasuk pinjaman peribadi dan peruntukan gaji yang dibelanjakan untuk
makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan
anak-anaknya.

Menurutnya, dia memiliki tiga kereta, namun hanya sebuah masih belum
selesai bayaran ansuran dengan bank.



                                                                            
                                                                            
                                                                            
                                                                            
                                                                            




Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi
tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isteri, Fatimah Salleh,
64, di mahkamah berkenaan pada April 2007 kerana didakwa memungkiri janji
dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan
menantunya itu.


                                                                            
                                                                            
                                                                            
                                                                            
                                                                            




Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim yang juga plaintif pertama
dianugerahkan sebidang tanah oleh kerajaan negeri di Kampung Jiboi Baru,
Ampangan, di sini, sekitar Ogos 1971.

Plaintif pertama dan kedua (Fatimah) mendakwa mereka mendirikan sebuah
rumah di atas tanah itu dan membesarkan lapan anak termasuk defendan
pertama.

Mereka turut memaklumkan defendan pertama dan kedua mendirikan rumah tangga
pada 1993.

Pada 2002, plaintif pertama bersetuju untuk memindah pemilikan tanah kepada
defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif
selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah
itu.

Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif.


Pada mulanya, plaintif dibenarkan tinggal di rumah itu tetapi layanan
defendan begitu mengecewakan sebelum mereka diusir keluar oleh defendan
pada akhir Ramadan 1425 Hijrah.

Pernyataan tuntutan itu turut menyatakan berlaku kejadian defendan pertama
melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Satu
laporan polis dibuat berikutan kejadian itu.

Dalam pernyataan itu turut menyebut keadaan itu menunjukkan defendan gagal,
abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan
gagal, abai atau cuai untuk melaksanakan tanggungjawab member nafkah kepada
plaintif iaitu nafkah furu’.

Plaintif menuntut defendan memberi nafkah sepanjang hayat dan dibenarkan
tinggal di rumah di Kampung Jiboi Baru seumur hidup selain diberi kebebasan
bergerak secara munasabah serta melakukan aktiviti masing-masing dalam
rumah itu serta persekitaran.

Malah, plaintif turut menuntut diberi kebebasan untuk dilawati anak lain
dan bersama dengan anak lain di rumah itu pada bila-bila masa yang
munasabah selama hayat mereka, defendan menghormati dan menjaga kebajikan
mereka serta relif yang difikir sesuai oleh mahkamah.

Bagaimanapun, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya
pada tahun lalu terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan
mereka mendiami rumah berkenaan yang sudah dijual kepada orang lain tetapi
disewa semula Raja Suzana.

Hakim Syarie Mohd Nadzri Abg Rahman menetapkan 24 Februari ini untuk
membuat taksiran sama terhadap suami defendan.






_________________________________________________________________





The information transmitted is intended only for the person or entity to
which it is addressed and may contain confidential and/or privileged
material.  Any review, retransmission, dissemination or other use of, or
taking of any action in reliance upon, this information by persons or
entities other than the intended recipient is prohibited.   If you received
this in error, please contact the sender and delete the material from any
computer.  Any views or opinions expressed in this email are solely those
of the author and do not necessarily represent those of PwC.


      

Kirim email ke