petikan dari paper utusan malaysia hari ni

nasib la aku ni tak suke pakai bedak dari azali lagi. 

Bedak talkum undang maut?
Oleh NURUL HUDA HASSAN
[email protected]
PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut 
atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.
Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide 
atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak 
berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.
Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun 
yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan
paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.
Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda 
amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi 
mengandungi bahan itu. 
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah 
talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum 
pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.
Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam 
lapisan ovari. 
Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 
peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.
"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan
pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser
ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap
hari.
"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara
senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan
ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini
hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru 
dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.
Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan 
ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.
Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan 
udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.
"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau 
tepung beras.
"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi 
masalah ruam kulit bayi," ujarnya.


      

Kirim email ke