1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi 
pada kecekapan maksimum



2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol 
kene tukar 40 000 km sekali)



3. Spark plug perlu dlm keadaan baik (Tak hitam & gap OK)



4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, 
minyak makan...



5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma 
system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem



6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh 
la takut engin lemau



7. Go slow man! jangan speeding. 90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau 
terbakar sebab ada orang ajak race kejar.. jgn tak kejar



8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan 
minyak (kene tukar gear selalu)



9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin



10. Berkongsi kereta



11. Naik motor (4 lejang)



12. Naik Basikal



13. Naik pengangkutan awam



14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip 
tinggi rintangan kurang)



15. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn 
kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta 
klasik)



16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog



17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80% 
daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% 
pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun 
pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)



18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi 
dan borak-borak



19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah



20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)



21. Guna engin Electric (pakai bateri)



22. Gunakan tenaga solar



23. Kurangkan penggunaan air-con



24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain 
utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power 
sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )



25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center 
bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda 
ditingkatkan, kalu tidak banyak asap keluar beb)



26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand 
baik punyeee, mesti marii)



27. Loweredkan kereta anda



28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la.Ini 
bertujuan untuk kurangkan rintangan angin, tapi skirt tampal tak main sebab 
takut angin tembus



29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise



30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan, berak,mandi kat 
office lagi best.



31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu 
sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur.. 
masak dibuatnye.



32.. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak 
ulang alik cari stesen minyak



33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja.



Penggunaan minyak bergantung kepada



weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah 
meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan 
badan tu sikit dan turunkan perut tu....



34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari 
masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn 
penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau 
guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau 
kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap 
kebrutalan seseorang itu Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya



35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin 
kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan 
tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking - gelapkan cermin kereta, 
bila nak drive cerahkan balik. Rujuk:

http://home. howstuffworks. com/smart- window.htm



36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N 
diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi 
daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat



37. Boleh cuba pakai micro-compressor (www.micro-compress or.com) atau Air 
Injector (www.air-injector. com)



38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. 
Rilek je drive dan tak sakit kepala.



39. Perbanyakkan stesen Petronas



40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power 
meningkat dan boleh save minyak) 






 

      


        
         
        
        








        


        
        


      

Kirim email ke