~>jack<~

 


----- Mesej Dikirim Lanjut ----
Daripada: izwan fadzaie baharuddin <[email protected]>
Kepada: wan ali <[email protected]>; ana <[email protected]>; eita ejat 
<[email protected]>; iena haslina <[email protected]>; adik kembo 
<[email protected]>; zamer kkem <[email protected]>; rashid kkem 
<[email protected]>; fauzi kkem <[email protected]>; nanee lopek 
<[email protected]>; yus mone <[email protected]>; dilla nurfadilla 
<[email protected]>; angelixe aloof pengyou <[email protected]>; 
quekfa quekquek <[email protected]>; faiz sg.buloh <[email protected]>
Dihantar: Rabu, 4 Mac, 2009 9:22:34
Subjek: Fw: Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza




~fAdzAiE~ 
*WELDING INSPECTOR 
*PAINTING INSPECTOR 
*PLANT INSPECTOR

--- On Tue, 3/3/09, zaila noordin <[email protected]> wrote:

From: zaila noordin <[email protected]>
Subject: Fw: Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza
To: [email protected], [email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], [email protected], "apis 
Harun" <[email protected]>, "Arif" <[email protected]>, "erin ~*" 
<[email protected]>, "hasbul" <[email protected]>, "ika" 
<[email protected]>, "jah siti" <[email protected]>, "kak 
long" <[email protected]>, "kecik" <[email protected]>, "lisa" 
<[email protected]>, "mami mmum" <[email protected]>, "ninie 
Misbae" <[email protected]>, "noi ahmad" <[email protected]>, "nomey 
lis" <[email protected]>, "norzam" <[email protected]>, "Nur Suriani 
Johari" <[email protected]>, "pik sapril" <[email protected]>, 
"rashid kkem" <[email protected]>, "sazri azam" <[email protected]>, 
"shah" <[email protected]>, "suzy" <[email protected]>, "wan 
ali" <[email protected]>, "wan kkem" <[email protected]>, "zam dc"
 <[email protected]>, "zamer Zaini" <[email protected]>
Date: Tuesday, 3 March, 2009, 3:47 PM






----- Forwarded Message ----
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: [email protected]; [email protected]; [email protected]; 
[email protected]; [email protected]; [email protected]; 
[email protected]; [email protected]
Sent: Tuesday, February 24, 2009 8:18:29 AM
Subject: FW: Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza


 
 
From:Zainal Abidin Nazri 
Sent: Friday, February 20, 2009 3:33 PM
Subject: FW: Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza
 
 
 
 
Azamin Amin
Thu | Feb 19, 09 | 10:35:48 am MYT 
Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya 
terjadi dalam bulan Januari lalu. 
Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke 
seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak 
yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban 
muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti. 
Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang 
hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia 
juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata. 
Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. 
Kebetulan, 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus 
dan sudah tidak bermaya. 
Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat 
menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah 
pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal 
kesayangannya itu. 
Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid 
untuk melaksanakan ibadat tersebut. 
Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat 
perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada 
yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang 
tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri 
di sisi lembunya. 
Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun 
sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di 
situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah. 
Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar 
dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan 
lembu tua itu masih lagi di situ. 
Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu 
dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid 
sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai 
juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh 
perempuan tua itu. 
Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, 
aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza . Aku seorang yang miskin 
tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu 
yang aku ada untuk dibawa ke Gaza , beri kepada penduduk di sana ." 
Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan 
untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza , soal imam 
itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan 
tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah 
tiada harga. 
"Tolonglah...bawalah lembu ini ke Gaza . Inilah saja yang aku ada. Aku ingin 
benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi 
masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama 
lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu. 
Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap 
tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika 
suasana. 
Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak 
mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan 
bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza. 
Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian 
mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur 
dengan pendapat jemaah itu. 
Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih 
hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah 
untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?" 
Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda 
ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan 
ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk 
dikumpulkan. 
Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk 
seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah 
membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah. 
Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu 
dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)! 
Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk 
Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu 
diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah 
seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu. 
"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 
riyal untuk memiliki lembu itu. 
"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada 
imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan 
kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu 
kembali menitiskan air mata...gembira. 
Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk 
membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan 
dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih 
lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah. 
Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat 
perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil 
seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat 
dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- 
amin 
 
 
 
 
________________________________
New Email addresses available on Yahoo! 
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!


      Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke