biar susah, jangan menyusahkan..

JUNHAIRI BIN ABD JALIL
EKSEKUTIF PEMASARAN (KAD KREDIT)
BANK ISLAM, BANK RAKYAT, EONBANK & MAYBANK ISLAMIC IKHWAN CARD
019 - 363 5331

Calon SPM jawab Sains, Matematik dalam Bahasa Inggeris memberangsangkan
12/03/2009 3:27pm

PUTRAJAYA 12 Mac — Lebih ramai calon peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) 2008 menjawab kertas soalan mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris dan ini menunjukkan perkembangan yang
memberangsangkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd
Dom.

 Beliau berkata malah ramai calon SPM yang menjawab dalam Bahasa
Inggeris bagi soalan-soalan subjektif dalam kedua-dua mata pelajaran
itu.

 “Misalnya mata pelajaran Matematik Tambahan kertas satu daripada
178,751 pelajar yang mengambil kertas itu seramai 89.1 peratus
daripadanya menjawab dalam Bahasa Inggeris berbanding 4.7 peratus dalam
Bahasa Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan
keputusan peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008
di sini hari ini.

 Selain itu daripada 183,723 pelajar yang mengambil mata pelajaran
Matematik Tambahan kertas 2, 86.2 peratus menjawab dalam Bahasa
Inggeris berbanding 6.9 peratus dalam Bahasa Malaysia.

 Alimuddin berkata peratus yang tinggi juga dicatatkan bagi mata
pelajaran Biologi kertas dua dan tiga; Kimia kertas dua dan tiga serta
Matematik kertas dua. - Bernama
Anak nelayan dapat 20A dalam SPM
12/03/2009 3:28pm

Oleh ROHANA MOHD DAHARI


KOTA BHARU 12 Mac – Seorang anak nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd.
Kamal, 18, mencatat sejarah dalam pencapaian peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) apabila memperoleh A dalam 20 mata pelajaran
yang diambil.

 Pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan Kota
Bharu yang bercita-cita menjadi ahli fizik itu memperoleh 19 1A dan 1
A2. 


 
 Dia berusaha mengambil kesemua mata pelajaran itu dengan alasan
untuk mencabar keupayaan dirinya sendiri dalam menimba ilmu
pengetahuan. - Utusan





      

Kirim email ke