bleh send video amah dera anak majikan tak
i termiss la....

Suzie Setia 
Lecturer 
Kolej Kemahiran Tinggi MARA 
no 12,jln templer,Petaling Jaya
Selangor

Email : [email protected]
hp : 016-9645394 

--- On Thu, 4/23/09, Perwira bin Osman <[email protected]> wrote:

From: Perwira bin Osman <[email protected]>
Subject: [(jdk)] Rentetan video Amah pijak anak majikan
To: 
Date: Thursday, April 23, 2009, 2:35 AM









Ramai yg dh tgk rakaman video ni. Ni aku tempek berita pasal si amah tu. Kisah 
yg berlaku 2 tahun lepas. Bagi yg ada maid, jika anak anda yg periang tetiba 
jadi murung, siasatlah dgn teliti puncanya. 

*****

 

Amah pijak anak majikan kena 2 tahun
Berita Harian 3 Nov 2007
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara selama 24 
bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah 
menolak, menendang dan memijak anak perempuan majikannya yang berusia tiga 
tahun, Ogos lalu. 

Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Reni Neken, 27, 
dari Kupang, Indonesia, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 30 Ogos lalu. 

Reni didakwa mencederakan Goh Ceng Yee, 3 tahun, di ruang tamu rumah mangsa di 
No A2-27-08, Putramas 2 Condo, Jalan Kuching di sini, jam 3.25 hingga 3.40 
petang, 28 Ogos lalu. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa 
hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit 
kesalahan. 

Mengikut fakta kes, mangsa yang dipijak di bahagian perutnya oleh tertuduh 
sering mengadu kesakitan, namun apabila ditanya punca dia enggan menjawab. 

Reni bagaimanapun, hanya memberi alasan mungkin kerana mangsa terlalu banyak 
mengambil minum ‘yogurt’. Bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian 
mengambil keputusan untuk memasang video kamera tertutup di ruang tamu 
rumahnya. 
Hasil daripada rakaman itu, ibu bapa mangsa mendapati anak mereka didera dengan 
teruk dan membuat laporan polis.















      

Kirim email ke