Oleh Abdullah Wahab dan Sarah
Zulkifli
[email protected]. my

KUALA LUMPUR: Seorang gadis tidak
menyangka tepukan dua kali di ubun kepalanya oleh seorang peniaga minuman
berhampiran Hentian Puduraya di sini, menjadi detik hitam dalam hidupnya apabila
mendakwa dipukau sebelum dirogol lelaki terbabit.
Dalam kejadian kira-kira jam
10.30 malam Sabtu lalu, mangsa mendakwa baru pulang dari Langkawi kerana urusan
kerja dan singgah di gerai milik lelaki terbabit di luar hentian berkenaan
untuk membeli minuman sebelum dipukau.
Mangsa yang hanya mahu dikenali
sebagai Leya, 22, berkata sebelum kejadian dia membeli air jagung bersama
seorang rakannya sejurus tiba dari Langkawi.
"Kerana baru tiba dan
keletihan, saya duduk di bangku tidak jauh dari tempat lelaki itu berniaga.
 
"Beberapa minit kemudian, lelaki itu menghampiri dan mendakwa ada sesuatu
atas kepala saya sebelum menepuk dua kali sambil membaca sesuatu," katanya
kepada Harian Metro di sini, semalam.
Berikutan tepukan `sihir' itu, mangsa yang berasal dari Bandar Baru Sri
Petaling, dekat sini, mendakwa dia tiba-tiba menjadi kebingungan dan mengikuti
segala perintah penjual minuman berusia lingkungan 20-an terbabit.
Katanya, dalam keadaan separuh
sedar dia mendakwa mengikuti lelaki itu ke Jalan Petaling untuk 'bersiar-siar'
beberapa jam dengan transit aliran ringan (LRT) dan kemudian ke rumah sewa
peniaga terbabit di kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, dekat sini,
kira-kira jam 2 pagi.
Leya berkata, dia kemudian
dikurung berseorangan dalam bilik rumah sewa itu manakala lelaki terbabit
keluar dipercayai ke tempat kerjanya.
"Sepanjang dikurung, saya
tidak dapat lelapkan mata dan kira-kira jam 1.30 pagi keesokannya dia muncul
dan terus mengajak saya melakukan seks.
"Walaupun menolak, dia
terus paksa malah mengugut tidak akan membebaskan saya selagi tuntutan nafsunya
tidak dipenuhi," katanya.
Leya akhirnya terpaksa mengaku
kalah selepas lelaki terbabit bertindak kasar dan hanya mampu mengalirkan air
mata membiarkan dirinya diratah lelaki bernafsu binatang itu.
"Dua kali dia melakukan
perbuatan terkutuk itu, kali pertama dilakukan kira-kira jam 2 pagi diikuti
kali kedua sejam selepas itu.
"Sebaik melempiaskan hawa
nafsunya, dia membawa saya turun dari tingkat 14 kondominium terbabit sebelum
saya menahan sebuah teksi untuk pulang," katanya.
Leya berkata, sepanjang berada
dalam teksi, fikirannya bercelaru memikirkan nasibnya diperlakukan sedemikian
rupa sebelum nekad membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, kira-kira jam
4 pagi.
Sejurus laporan dibuat, dia
dibawa polis ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan.
"Lelaki itu berkulit sawo
matang, berkaca mata dan mempunyai ketinggian kira-kira 170 sentimeter. Saya
akan ingat dia sampai bila-bila.
"Kejadian ini hanya
diketahui beberapa rakan saja dan saya merahsiakannya daripada keluarga,"
katanya mendakwa turut menghantar surat peletakan jawatan kepada majikannya
semalam.
Sementara itu, sumber polis
berkata, pihaknya sedang mengesan suspek bagi membantu siasatan berhubung
kejadian itu dan yakin lelaki itu dapat ditahan dalam tempoh terdekat.
"Polis juga meminta orang
awam yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999
bagi membantu siasatan," katanya.
 
 

________________________________
 
Dapatkan
nama E-mel keutamaan anda! 
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
DISCLAIMER: This message (including any attachments) is intended only for the 
use of the individual or entity to which it is addressed and may contain 
information that is non-public, proprietary, privileged, confidential, and 
exempt from disclosure under applicable law or may constitute as attorney work 
product.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any use, 
dissemination, distribution, or copying of this communication is strictly 
prohibited. If you have received this communication in error, notify us 
immediately by return e-mail and (i) destroy this message if a facsimile or 
(ii) delete this message immediately if this is an electronic communication. 
The message that do not relate to the official business of FELDA or its Group 
of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by FELDA or any 
of the companies within the Group. Thank you.


      

Kirim email ke