First,sory klau de yg t'sggung..
2nd,sory klau repost..
just nk share dgn korg..


C1.
CABAR


Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar
terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar
lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah
cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat
betul-betul isteri juga yg putih mata…



C2.
CABUL


Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu
langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim
tanpa menghirau batas pergaulan.
Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat
malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…



C3.
CELUPAR


Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih
kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas
cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.




C4.
COMOT


Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah
wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta
tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek
dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak
nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah
tak praktik pun.




C5.
CEMBURU


Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu
hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan
mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami
lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat
tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam.
Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…



C6.
CEREWET


Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu
mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat.
Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje.
Restoran nak ada air-cond aje.




C7.
CINCAI


Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.
Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah
masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….




C8 CUAI


Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia
melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada
masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan
membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran
tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai…
ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling
yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.


Renung2kanlah dan selamat beramal…..


 ------------------------------

Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
<http://sg.rd.yahoo.com/my/mail/domainchoice/mail/signature/*http:/mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/>
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.



<http://www.alatjimat.com/>

<<image001.gif>>

Kirim email ke