--- On Wed, 5/13/09, ahmad mohni <[email protected]> wrote:


From: ahmad mohni <[email protected]>
Subject: [myMasjid.net.my] Fw: [sim] PERLU INFO : Influenza A (H1N1) dalam 
bahasa Melayu
To: [email protected], [email protected]
Date: Wednesday, May 13, 2009, 7:24 PM










info



----- Forwarded Message ----
From: fadzlyna hunny <fadzlyna_hunny@ yahoo.com. my>
To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
Sent: Thursday, 14 May, 2009 8:53:03
Subject: Re: [sim] PERLU INFO : Influenza A (H1N1) dalam bahasa Melayu





Influenza A (H1N1) 
ABSTRAK
Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 
2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran 
merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi 
memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk 
menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak..  Selesema babi yang 
disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia 
terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini 
telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang 
telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh 
dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke 
semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.
PENGENALAN
Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan 
(respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A 
(H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan 
tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan 
penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.
Apakah Virus Influenza A (H1N1)?
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam 
kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini 
dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan 
dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan 
terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak 
dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini 
adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?
Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus  ini (H1N1) 
terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San 
Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang 
sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. 
(Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat 
boleh di dapati di http://www.cdc. gov/swineflu/ investigation. htm. Pusat 
pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and 
prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam 
menyiasat situasi ini).

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak 
dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun  masih belum diketahui 
cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1)  ini terhadap manusia adalah sama dengan 
simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening 
kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang 
berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem 
pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam 
manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan 
keadaan kesihatan kronik.

Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?
Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana 
virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari 
seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena 
jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang 
disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.
Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain  bermula 
sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti 
(sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum 
mengetahui yang kita telah dijangkiti.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema? 
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada 
tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani 
tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat.  Cuba mengelak dari 
menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka 
yang sakit..
Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini? 
CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk 
merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini.  Ubat antiviral 
adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan 
virus dari terus membiak di dalam badan anda.
Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan  dan membuat anda 
sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang 
lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan 
untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).

Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung 
Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?
Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus 
selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. 
Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka 
masa yang lebih lama.
Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan 
kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari 
batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. 
Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan 
bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan 
menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.
Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan? 
Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam 
di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan 
dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari 
permukaan-permukaan ini.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema 
babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu 
menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam 
selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. 
Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk 
atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan 
cara ini.

• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja 
atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka 
tidak dijangkiti.
Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan 
Bersin?
• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.  
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu 
mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.

Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. 
Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. 
Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air 
dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh 
digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika 
menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam 
gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?
Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) 
itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, 
sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu 
berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom 
tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.
Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk 
mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti 
berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam 
dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.

Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) 
(H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius.. 
Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian 
dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi 
ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung 
berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan 
paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 
1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 
200 kes serius  dan satu kematian. 

Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan 
Babi?
• Tidak.

Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti 
melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang 
dimasak dan disediakan dengan sempurna.
 TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN
• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-

i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik 
Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan 
pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi 
kesihatan awam penduduk Malaysia.

ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes 
yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe 
pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, 
Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan 
kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui 
telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu 
masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara 
Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 
2009.

iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza 
A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan 
pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.
• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media 
pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar 
melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang 
pernah melanda negara ini.
• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana 
Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan 
kematian.
• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai 
antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah 
berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam 
negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.
• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus 
Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 
03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian 
http://www.moh. gov.my
 
Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak  Amerika   Syarikat (US Centers of 
Diseases Control and    Prevention)  atau CDC
• Akhbar-akhbar Utama Tempatan




Daripada: Shahidah <shahi...@boh. com.my>
Kepada: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
Dihantar: Rabu, 13 Mei, 2009 12:03:15
Subjek: [sim] PERLU INFO : Influenza A (H1N1) dalam bahasa Melayu



Assalamualaikum

ada sesiapa boleh berikan nformasi mengenai Influenza A (H1N1) dalam 
bahasa melayu.

terima kasih
-- 




Dapatkan alamat E-mel baru anda! 
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya! 
















      

Kirim email ke