PAKAIAN PEREMPUAN DALAM SEMBAHYANG

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim     

 




Pakaian Perempuan Ketika Sembahyang

Menurut Imam asy-Syirazi Rahimahullah dalam kitab al-Muhazzab,adalah  
disunatkanbagi perempuan yang merdeka dan khuntsa bersembahyang dengan memakai 
pakaian yang terdiri daripada baju yang
labuh, panjang dan menutupi seluruh badan hingga kedua kaki, memakai
penutup kepala dan leher dari kain yang tebal dan menggunakan telekung (satu 
kain tebal yang lain yang menyelimuti pakaian tadi).  
 
Disunatkan juga telekung atau pakaian yang di sebelah luar sekali itu tebal, 
agar tidak membayangkan anggotanya.Juga telekung atau pakaian yang di sebelah 
luar tadi dijauhkan atau
direnggangkan dari badan seseorang perempuan itu apabila dia ruku‘ atau 
sujud, supaya tidak membayangkan pakaiannya yang di sebelah dalam. 
 
Khatib  asy-Syarbinidalam kitab Mughni al-Muhtaj mensyaratkan pakaian (satir)
yang digunakan untuk menutup aurat samada dalam sembahyang atau luar
sembahyang ialah tebal yang boleh menutup anggota aurat. Bahkan ia
hendaklah melindungi atau menutup warna kulit daripada dilihat dengan
pandangan biasa. Dengan perkataan lain tidak menampakkan atau
membayangkan bentuk badan.
 
Kebanyakkan ulama Syafi‘emensyaratkan hendaklah pakaian itu menutup dan 
menyelubungi seluruh anggota aurat.
 
Berdasarkan syarat-syarat yang
dijelaskan, maka berikut adalah beberapa contoh-contoh pakaian yang
tidak memenuhi syarat-syarat di atas:
 
1.    Baju atau pakaian yang berlubang-lubang
 
Aurat
yang boleh dilihat melalui pakaian yang berlubang-lubang, contohnya
pakaian yang ditenun dengan jarang, walaupun tebal, masih tidak
memenuhi syarat satir, iaitu menyelubungi dan menutup keseluruhan aurat.
 
2.    Pakaian yang jarang atau nipis
 
Adapun maksud dari pakaian yang nipis atau jarang itu ialah pakaian
yang boleh menampakkan warna kulit apabila memakainya. Untuk jelasnya
adalah tidak tercapai maksud as-satir dengan memakai pakaian berikut dalam 
sembahyang:

a)Sekiranya di dalam sembahyang dia memakai pakaian yang nipis atau jaranguntuk 
menutup keseluruhan auratnya tanpa dilapis
dengan pakaian lain seperti telekung dan seumpamanya, maka pakaian
seperti ini tidak memenuhi syarat satir kerana tidak tercapai maksud dan 
pengertian tebal dan tidak pula menyembunyikan warna kulit.  Ini disandarkan 
kepada hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

 
            

Maksudnya:  “Dari
‘Aisyah Radiallahu ‘anha sesungguhnya Asma’ binti Abi Bakar telah
berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dia
memakai pakaian yang nipis. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
berpaling daripadanya.

Baginda bersabda:“Wahai Asma’ sesungguhnya orang perempuan apabila
meningkat umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali
ini… dan ini... Lalu Baginda RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallampun 
menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.† (Hadis riwayat Abu Daud)

Hadis di atas dengan jelas melarang memakai pakaian yang jarang atau nipis di 
luar sembahyang,   demikian jua dalam sembahyang.

As-Sayyid
al-Bakri kemudian menyebutkan, sesuatu kain atau pakaian meskipun
berwarna atau yang dicelup jika ianya jarang dan nipis juga tidak
memenuhi syarat as-satir.

b) Begitu juga sekiranya dalam
sembahyang dia memakai pakaian yang jarang atau nipis untuk menutup
keseluruhan auratnya kemudian dia menutup atau melapis lagi pakaian
tadi dengan telekung atau yang seumpamanya dan warna kulit masih
kelihatan, maka samalah juga hukumnya seperti (a) di atas.




Selain daripada jenis-jenis pakaian yang telah disebutkan di atas,
harus bagi golongan wanita bersembahyang dengan memakai pakaian sutera
atau menjadikannya alas (lapik sembahyang) ketika sembahyang. Manakala
memakai pakaian yang mempunyai gambar atau menjadikannya alas
(sembahyang di atasnya) atau menghadap ke arahnya, hukumnya makruh.


Ternampak Aurat Sendiri Semasa Sembahyang
  

Ketika hendak mengerjakan sembahyang pakaian hendaklah diberi
perhatian, iaitu menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna
sebagaimana yang dituntut oleh syara’. Ini kerana apabila dia melihat aurat 
sendiri atau dilihat oleh orang lain semasasedang sembahyang kerana kecuaian 
menutupnya, maka hukum sembahyangnya tidak sah. 
 
Sebagai contoh jika seseorangperempuan yang bersembahyang, sekalipun dengan 
memakai telekung,
sedangkan di bahagian leher terbuka luas atau besar sehingga dia boleh
nampak auratnya sendiri atau dilihat oleh orang lain ketika dia ruku‘
atau sujud, maka batal sembahyangnya. Oleh itu hendaklah dirapikan,
dikancing atau diikat terlebih dahulu dengan sempurna bahagian leher
yang terbuka tadi, kemudian barulah mengerjakan sembahyang.
 
Sekiranya dia mendapati pada pakaian yang digunakannya untuk
bersembahyang berlubang atau koyak yang menampakkan auratnya, maka
wajib dia mengulangi sembahyangnya tadi. Samada dia mengetahui tentang
koyak tersebut kemudian dia terlupa mengenainya, ataupun dia langsung
tidak mengetahuinya. Akan tetapi jika dia menyangka bahawa koyak itu
terjadi selepas memberi salam, maka tidak perlu dia mengulangi
sembahyang tadi tanpa khilaf.





Terbuka Aurat Dengan Tiba-Tiba
 
Berbeza hukumnya dengan aurat yang terbuka secara tiba-tiba dan tidak
senghaja, maka sembahyang tetap sah dengan syarat hendaklah ditutup
dengan segera. Yang dimaksudkan dengan tidak sengaja, seperti ditiup
angin atau terbuka oleh haiwan atau kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana dia 
tidak mempunyai niat atau maksud di sebalik perbuatannya
itu. Sebaliknya jika aurat itu terbuka oleh kanak-kanak yang sudah mumayyiz, 
maka batal sembahyangnya. 


Sembahyang Di Dalam Gelap 
 
Terdapat andaian apakah kegelapan atau ketiadaan cahaya boleh diistilahkan 
sebagai satirkerana ia menutupi dan melindungi warna kulit dan aurat dari 
pandangan
mata? Menurut Ibnu Hajar al-Haitami, kegelapan tidak boleh diertikan
sebagai satir. Oleh yang demikian, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang 
tidak menutup aurat sekalipun dalam gelap.


Kesimpulan
 
Adalah menjadi kebiasaan memakai telekung putih ketika sembahyang dan
ini menepati ciri-ciri yang digambarkan sebagai pakaian yang sempurna
dan digalakkan di dalam Islam. Maka hendaklah dipastikan bahawa
telekung yang dipakai janganlah nipis atau jarang sehingga menampakkan
warna kulit atau anggota aurat. Di samping menggunakan telekung,
hendaklah juga memakai pakaian yang sempurna menutup aurat di bahagian
sebelah dalam sebagai langkah berjaga-jaga.
 
Dari
penjelasan di atas, nyatalah bahawa rambut, leher, lengan, dua kaki dan
tapak kaki adalah aurat bagi perempuan ketika bersembahyang. Maka
wajiblah kesemua anggota ini ditutup dan dijaga semasa sembahyang
kerana rambut yang terjuntai, lengan yang tidak berlapik, kaki yang terdedah 
dengan sengaja boleh membatalkan sembahyang.
 
Di
samping menutup aurat, menjaga kebersihan pakaian yang dipakai dan
tempat bersembahyang daripada najis merupakan di antara syarat sah
sembahyang. Maka hendaklah kita mengambil perhatian yang sewajarnya dan
meneliti dengan sempurna perkara-perkara yang bersangkutan dengan
syarat sah sembahyang agar ibadat yang dilaksanakan akan diterima dan
mendapat ganjaran sebagaimana yang dijanjikan Allah SubhanahuWa 
Ta‘alahendaknya.
DI SUNTING DARI: LAMAN MUFTI BRUNEI

Kirim email ke