Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri
duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta
belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak
menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri
yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya
berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi
untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan
sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. 

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi
miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut
menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu
berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan
suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu
sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh
isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka
sambil menangis. 

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang
dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab
dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking
itu . 

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang
bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan
kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya
dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA
DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN
KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA . 

Kirim email ke