Salam. saya dgn rendah diri memohon kpd semua sahabat menyedekahkan Al Fatihah
kpd keluarga ini.
Untuk makluman Allahyarham Faizal atau lebih dikenali sbg Yas dikalangan
sahabat merupakan sahabat baik saya semasa di alam persekolahan menengah
sehingga kini. Saya menerima berita kemalangan tersebut mlm tadi jam 8.30 drp
sahabat lain.
Ya Allah Ya Rabbi.. tempatkanlah mereka dikalangan org beriman.. Amin. Al
Fatihah
Matrock_E1
(Irwan Saufi Alias)
Khamis, 25 Jun 2009
Tragedi ke Tioman
Oleh Sahlina Sahkirin
[email protected]
MERSING: Keseronokan tiga beranak yang mahu bercuti di Pulau Tioman, Pahang,
bertukar tragedi menyayat hati apabila mereka terbunuh selepas kenderaan
pelbagai guna (MPV) Toyota Wish mereka terbabas sebelum merempuh sebuah lagi
MPV, Naza Ria di Kilometer 18, Jalan Endau-Mersing, semalam.
Pasangan suami isteri itu, Mohamed Faizal Mohamed Latif, 36, dan Kamelia Yahya,
29, serta anak mereka yang berusia dua tahun, Muhamad Danish Mirza, maut di
tempat kejadian iaitu kira-kira 17 kilometer dari jeti Sungai Mersing.
Keluarga malang itu yang dikatakan sudah membuat tempahan hotel di Pulau Tioman
dalam perjalanan menghala jeti Sungai Mersing.
Kenderaan dipandu Mohamed Faizal dipercayai terbabas sebelum merempuh Naza Ria
dari arah bertentangan.