Kementerian Sumber Manusia kaji beri pencen untuk swasta 09/07/2009 3:02am KUALA LUMPUR 9 Julai - Kementerian Sumber Manusia pada masa ini dalam peringkat kajian untuk memberi pencen kepada pekerja di sektor swasta.
Timbalan Menterinya, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, ia adalah salah satu usaha kerajaan dalam usaha menambahbaik kualiti kehidupan rakyat. ``Kementerian kini dalam kajian untuk memberikan pencen seperti yang di nikmati oleh pegawai sektor awam untuk mereka yang bekerja di sektor swasta,’’ katanya dalam rancangan Helo Malaysia oleh Bernama TV di sini malam tadi. Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berharap sektor awam yang kini diberikan tumpuan dalam penambahbaikan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP)dapat menjadi `role-model’ untuk sektor swasta. - Bernama Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi) Lawatilah kediaman saya dan rakan-rakan di http://groups.yahoo.com/group/pakbelang Facebooking di [email protected]
