Arah kiblat boleh disemak Khamis ini

Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman
atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28
petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said
berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan
berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul
di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan
arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya
ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri,
di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat
tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA

Kirim email ke