-
[Attachment(s) from mimie included below]
Green Tea/Teh Hijau
Perumpamaan Cina : "Lebih baik berlapar
selama 3 hari dari sehari tidak minum Green Tea".
Green Tea
telah diamalkan di Negeri Cina semenjak 4000 tahun dahulu. Orang cina telah
menggunakan kebaikan Green Tea untuk merawat segala macam penyakit dari sakit
kepala sehingga kemurungan.
Kesemua jenis
teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia
Sinensis. Kaedah pemprosesan membezakan jenis teh:
* hijau
* hitam
* oolong
Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan
proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas
pengwapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak
terjejas berbanding dengan teh yang lain.
Kini kajian
saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Green Tea antaranya seperti di
dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, mengatakan satu kajian
epidemiologi menunjukkan yang meminum Green Tea mengurangkan risiko barah
esophagus dikalangan lelaki dan wanita Cina sebanyak 60%.
Secara umum
Green Tea didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis
rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan
penurunan fungsi imun.
Kenapa Green Tea Istimewa?
Rahsianya
adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnyaepigallocatechin
gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan
Green Tea 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat
dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan ia
juga dianggar 2 kali lebih baik dari resveratol yang terdapat dalam wine merah.
Antioksidan
yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan
mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat
reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan
terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif
dan metabolik.
Catechin
memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas
kesihatan seluruh badan.
Selain dari
itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras
kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal
yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.
Khasiat Kesihatan Green Tea / Teh Hijau
Banyak kajian
telah dilakukan keatas green
tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di
manafaat kan .
Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara
berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:
1. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
· Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan
mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.
2. Membantu mengawal paras gula darah
· Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat
kepada paras gula dalam darah.
3. Membantu dalam sesetengah penyakit barah
· Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan
kepada sesetengah barah.
4. Menguatkan sistem imun
· Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh
membantu kesihatan sistem imun tubuh.
5. Menurunkan aras kolesterol
· Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu
mengurangkan paras kolesterol.
6. Menggalakkan pembakaran lemah
· Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih
khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ
dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan
diabetes jenis 2).
Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan
Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.
Berhubung melalui perbualan pada profil rangkaian, blog atau mana-mana
tapak web peribadi! Yahoo! membolehkan anda untuk IM dengan Pingbox. Cubalah
ciri ini! http://my.messenger.yahoo.com/pingbox/