Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain 
(Hadis riwayat Al-Qudhi) 

Lawatilah kediaman saya dan rakan-rakan di 
http://groups.yahoo.com/group/pakbelang
Facebooking di [email protected]










 




    
                  

 

Syaaban masa paling sesuai
muhasabah diri 



 

REJAB sudah berlalu. Kini Syaaban menjelang.
Lambaian Ramadan sebulan lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup
dengan keberkatan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata:
Rasulullah bersabda:

"Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki
niatmu."

Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:  

"Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa
ballighna Ramadan",  

bermaksud : "Ya Allah Ya Tuhan kami,
anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan  

Syaaban,
dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya
Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan." 

Inilah
doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat
berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati
diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati. 

Selari
dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak. Pada zaman
Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk
mencari sumber air di padang pasir. 

Rasulullah
mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang. Air adalah bekalan dan kehidupan
bagi pejuang. Mengapa pentingnya kita mengenang pejuang dan menyalakan semangat
perjuangan? Perjuangan kita dalam hidup ini adalah untuk kemerdekaan. Merdeka
jiwa. Merdeka daripada segala bentuk perhambaan manusia kepada manusia. 

Lebih 50
tahun lalu pejuang berjaya membawa negara kita keluar daripada belenggu
penjajahan. Penjajahan tanah air, jiwa, rasa dan minda. 

Bayangkan
dan rasakan, mereka berjuang membela negara ini bukan untuk hidup mereka, bukan
untuk keluarga mereka, bukan pula untuk hari meriah itu. Mereka berjuang untuk
masa depan anak cucu dan bangsa ini. Mereka berjuang untuk kita, yang hidup
saat ini, juga untuk anak cucu. 

Bayangkan
dan rasakan apakah pejuang akan senang melihat penjajah British dan Jepun serta
pengkhianat Komunis Bintang Tiga menghina maruah umat? 

Apakah
pejuang akan senang melihat maraknya rasuah dan salah guna kuasa di kalangan
beberapa pemimpin dan pihak bertanggungjawab? Adakah pejuang rela membiarkan
rakyat bergelumang dengan dadah, judi, jenayah rogol, seks rambang dan syak
wasangka kaum dan agama? Adakah pejuang boleh goyang kaki melihat umat hanyut
dalam budaya hedonisme melampau sehingga tidak peka dengan budaya ilmu dan
intelektual? 

Kita
perlu membuat pejuang bangga dan senang, dengan membangun negara ini dengan
hati, bersih jiwa dan minda, jujur, bertanggung jawab, disiplin, kerjasama,
adil, wawasan dan prihatin. Mari membuat bangsa ini dihormati dan disegani di
mata bangsa lain di dunia. 

Sempena
Syaaban kita perlu mengasah dan memupuk jiwa pejuang melalui amalan
membangkitkan semangat, memupuk kesucian sekali gus mengumpul pahala. Jiwa
pejuang adalah jiwa menghayati makna keinsafan, kesusahan dan penderitaan.

Firman Allah bermaksud:

"Dan orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan.
Mereka itulah orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang yang
bertakwa." – (Surah Al-Baqarah: ayat 177). 

Antara
perkara yang disyariatkan pada Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang
tertinggal sebelum ini. Syaaban bulan melangsai hutang. Kini masanya qada puasa
bagi sesetengah kita yang tertinggal puasanya pada Ramadan lalu atas sebab
keuzuran dibenarkan.

Contohnya kerana sakit, musafir dan menyusukan anak. Kita tidak boleh
menundanya hingga Ramadan berikutnya kerana kita akan didenda membayar kafarat
ke atas setiap hari ditinggalkan. 

Budaya
bertangguh menggantikan puasa ini bukan baru bagi kita tetapi sudah menjadi
sebati dalam kehidupan umat Islam hari ini. Ini bukan amalan pejuang. Firman
Allah bermaksud:

"Dan sekali-kali, Tuhanmu tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan". (Surah
Hud, ayat 123).



Hikmah diperintahkan untuk membanyakkan puasa pada Syaaban untuk membuat
persediaan mental dan fizikal, melatih diri membiasakan berpuasa pada Ramadan
nanti. 

Kita
disunatkan membanyakkan amalan puasa sepanjang Syaaban bukan hanya pada malam
Nisfu Syaaban saja. Rasulullah selalu melakukannya. Dalam kitab Shahih Bukhari
dan Muslim ada hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah, dia berkata:

"Aku belum pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa selama satu bulan
penuh kecuali pada Ramadan dan aku belum pernah melihat beliau memperbanyakkan
puasa (sunat) dalam satu bulan kecuali pada Syaaban". 

Syaaban
dikenali sebagai bulan muhasabah diri, iaitu memperbaiki dan melihat kembali
watak diri sendiri. Memperbaiki sifat mazmumah seperti dengki, takbur dan
sombong yang semakin runcing membekam dalam diri sebahagian daripada kita, umat
Islam masa kini. Selain memperbaiki, digalakkan juga melihat kembali sifat
mahmudah. 

Adakah
kita selama 11 bulan lalu sudah memperbanyakkan amalan baik seperti ikhlas,
reda dan sedekah. Tidak cukup dengan solat, puasa dan zakat maka kita murnikan
dengan ikhlas dan reda. 

Apalah
maknanya solat yang banyak tetapi tidak ikhlas? Sering berpuasa tetapi turut
mengamalkan lihat perkara yang 'syubhah'. Apalah ertinya setiap tahun kita
mengerjakan haji tetapi riak mahu dilihat sebagai orang yang berada dan suka
dipuji? 

Dalam
Syaaban kita digalakkan bertaubat, membanyakkan doa, menggandakan zikir dan
berselawat kepada Rasulullah. Sabda Rasulullah:

"Barang siapa yang mengagungkan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya
serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni
semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam
bencana dan penyakit." 

Dalam kita beramal meraikan Syaaban, janganlah
pula kita kaitkan dengan amalan bidaah tertentu yang tidak disyariatkan oleh
Allah. 



INFO 

   

·        
Syaaban
adalah detik memupuk jiwa pejuang melalui amalan membangkitkan semangat,
memupuk kesucian sekali gus mengumpul pahala.  

·        
Jiwa
pejuang adalah menghayati makna keinsafan, kesusahan dan penderitaan.  

·        
Antara
perkara disyariatkan pada Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang tertinggal
sebelum ini. Syaaban bulan melangsai hutang.  

·        
Kita
digalakkan bertaubat, membanyakkan doa, menggandakan zikir dan berselawat
kepada Rasulullah. Masa sesuai muhasabah diri. 

   

     

   

***NuARadiX* ** 

(Pengurus Meranti) 

Hp : +6019-328 2330  

Email : nua4sim...@yahoo. Com 

Website : www.duniaherbahpa. com 

               www.hpa.com. my 

   

Firman ALLAH SWT yang bermaksud 

"Dan apabila aku sakit,Dialah (ALLAH) yang menyembuhkan
aku".(As-Shu' araa :80) 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud 

"Sesungguhnya ALLAH menurunkan penyakit,dan menjadikan
setiap penyakit itu ubat, 

kerana itu hendaklah kamu semua berubat,dan janganlah berubat
benda yang haram". 

  

"Mengkritik tidak bererti
menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna 
membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik" 

  

Sabda
Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" 

   

 



   



 

      

    
    
        
         
        
        








        


        
        


      

Kirim email ke