Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)
Lawatilah kediaman saya dan rakan-rakan di http://groups.yahoo.com/group/pakbelang Facebooking di [email protected] Gorila kematian anak lahirkan anak lagi. 05/08/2009 4:27am BERLIN 5 Ogos - Gorila yang trauma yang telah mengendong bangkai anaknya selama beberapa hari di sebuah zoo di Jerman tahun lepas, melahirkan seekor lagi anak, dan kali ini anaknya sihat. Ratapan dan kesedihan Gana, yang berusia 12 tahun, terhadap kematian anaknya telah menarik perhatian meluas tahun lepas. Bayi yang dinamakan Claudio itu mati semasa berusia tiga bulan ekoran jangkitan usus yang teruk. “Anak betina Gana yang baru lahir pagi Ahad, sihat dan bersemangat, menggembirakan ibunya,” kata jurucakap Zoo Allwetter, Ilona Zuehlke di Muenster hari ini. Ia mungkin akan dinamakan Claudia, sempena nama seorang pembaca ramalan cuaca televisyen Jerman, Claudia Kleinert. “Zoo tersebut menjemput Kleinert menjadi ibu angkat kepada bayi itu kerana ‘dia menunjukkan keprihatinan yang amat besar terhadap anak gorila yang akhirnya mati dengan tragik’,” kata Zuehlke. - AP
