Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain 
(Hadis riwayat Al-Qudhi) 

Lawatilah kediaman saya dan rakan-rakan di 
http://groups.yahoo.com/group/pakbelang
Facebooking di [email protected]

Jangan terpedaya dengan risalah doa pelindung  H1N1
13/08/2009 3:05pm

SHAH ALAM 13 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta
orang ramai agar tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa
pelindung diri daripada jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1)
yang kini giat disebarkan kepada orang ramai oleh pihak-pihak tertentu.

 Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang
didakwa disediakan oleh seorang pegawai Bahagian Pendakwah Bebas JAIS
itu sebenarnya tiada kaitan dengan pihaknya dan dikhuatiri boleh
mengelirukan umat Islam.

 Ini kerana kata beliau, setelah merujuk kepada Jabatan Mufti
Selangor, doa tersebut bukanlah doa yang khusus bagi melindungi H1N1
yang dimaksudkan tetapi merupakan doa yang diamalkan oleh ahli kumpulan
Al-Arqam yang sudah diharamkan. - Utusan



      

Kirim email ke