*Nota:* Pada kebanyakan orang, lepas RD muflis tak dpt la lagi surat yg
disertakan kunci kereta..hehe
*Reader's Digest *di ambang muflis

NEW YORK - Majalah terkenal, *Reader's Digest* mungkin dihentikan
penjualannya di Amerika Syarikat (AS) setelah syarikat penerbitannya memfail
perlindungan muflis.

Pelan pemulihan itu timbul ekoran kemerosotan edaran, kekurangan iklan dan
hutang yang besar hanya untuk pasaran di AS.

Bagaimanapun, operasi di Kanada, Amerika Latin, Eropah, Afrika, Asia dan
Australia-New Zealand tidak terjejas.

Reader's Digest diterbit sejak 1922, asalnya sebuah majalah yang
meringkaskan artikel daripada penerbitan lain sebelum ia berkembang pesat.
Syarikat itu kemudian membangunkan penerbitan lain dan disenarai awam pada
1990.

Jun lalu, majalah itu mengumumkan memotong jaminan edaran untuk pengiklan
kepada 5.5 juta naskhah daripada lapan juta dan mengurangkan kekerapan
kepada hanya 10 keluaran dalam setahun berbanding daripada 12 keluaran
setahun. - Agensi

Kirim email ke