Assalamualaikum, Sungguh terharu sekali apabila saya membaca email ini kerana ia mengambarkan betapa daifnya tempat ini. Ini telah membuatkan saya ke sana secara peribadi pada hari sabtu lalu 22/08/2009 lebih kurang 12 tghari.
Memang memeranjatkan saya sehingga berkata di dalam hati betulkah ini? takan macam ni? sehingga rakan yang mengikut saya pun berkata "Betul ke ni zal?..." saya kelu. Lalu saya pergi ke pejabat dan bertemu dengan seorang ustaz (namanya saya lupa mungkin zamani...maafkan saya)..Saya terangkan kedatangan kami kerana terbaca ini email ini. Masya-Allah! mengucap panjang dia.....dia berkata email (ini) yang disebarkan adalah TIDAK BENAR!!!! dia berkata ini tidak benar dah pernah terjadi dahulu dan jenuh mereka menerangkan kepada toshiba dan orang-perseorangan yang datang ke tempat mereka berkenaan email ini. Terbaru ada penokok tambahan terhadap cerita ini. Semuanya tidak benar!. En Mohd Jalil Marzuki sebenarnya adalah ajk (kalau x silap) bahagian operasi bukannya pengelola untuk rumah anak yatim dan miskin Al- Munirah ini. Beliau sekarang ini kebinggungan dan kepenatan kerana terpaksa membuat penerangan terhadap banyak panggilan telefon mengenai rumah AL-Munirah ini gara-gara email yang tidak benar ini. Ya, sewaktu awal2 penubuhan memang ada masalah....kelengkapan memang tidak mencukupi. Ya, memang toshiba pernah menghulurkan bantuan selama setahun tetapi tidak lagi sekarang sebaliknya mereka memberi bantuan kepada rumah kebajikan lain pula. Toshiba juga tidak tutup cawangannya di malaysia. Jadi saya telah menawarkan diri saya untuk memperbetulkan keadaan ini dengan izin ustaz "zamani" ini. sepatutnya saya kirimkan email pada hari sabtu itu juga tetapi ada masalah terhadap komputer saya dan barulah hari ini (25/08/09) dapat saya kirimkan. untuk info lanjut sila ke http://anakyatim.com.my/?page_id=2 (salin dan tampal) untuk keterangan lenih lanjut. Ustaz saya jumpa ini ada digambar bersama2 anak2 yatim & miskin di web tersebut. Lihatlah dan nilaikanlah sendiri. Walaubagaimanapun, No Lhdn dan no akaun yang diberi adalah BETUL. Sekarang ini mereka memerlukan sumbangan untuk pembinaan Dewan Serbaguna, tapak dewan telah diratakan. Bagi yang ingin menyumbang sila teruskan niat tuan/puan. tetapi seharusnya siasat dahulu dan jangan terus mempercayainya sahaja. JADI SAYA MEMINTA AGAR TUAN/PUAN YANG MENGHANTAR EMAIL INI, SILA HENTIKAN PERBUATAN INI. NIAT TUAN/PUAN ADALAH BAIK TETAPI TIDAK SEMESTINYA MENGHALALKAN CARA TUAN/PUAN BERTINDAK. Sekian. Jika ada salah dan silap saya pohon maaf. Wassalam Mohd Faizal Musa (saya bukan mohd faizal mohd idris) --- Pada Khm, 30/7/09, yazid <[email protected]> menulis: Daripada: yazid <[email protected]> Subjek: [(jdk)] Fw: RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM & MISKIN AL-MUNIRAH Kepada: "Suhaimi Mohamad Ariffin" <[email protected]>, "Nadreen" <[email protected]>, "jenaka" <[email protected]>, "EFFA" <[email protected]> Tarikh: Khamis, 30 Julai, 2009, 12:02 PM BANTUAN DARI RAKAN-RAKAN AMAT DIPERLUKAN. SETIDAKNYA FOWARDKANLAH/ PANJANGKANLAH E-MAIL INI. ----- Original Message ----- From: suhaila To: yazid ; Account AR ; Lina Kamal ; GLPK ; tina....@freightmar k.com.my ; hartini ; Liza Cc: miziroshilmi@ yahoo.com Sent: Thursday, July 30, 2009 9:59 AM Subject: Fw: RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM & MISKIN AL-MUNIRAH Subject: Fw: RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM & MISKIN AL-MUNIRAH Rakan-rakan sekalian, Sukacita dimaklumkan kepada kenalan-kenalanku semua bahawa sebuah rumah anak yatim yang dikenali sebagai "Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin AL-Munirah" yang terletak di Klang (seperti peta yang tertera diatas) amat memerlukan bantuan dari kita semua. Saya difahamkan bahawa rumah anak yatim ini bukanlah dibawah naungan kerajaan negeri dan hanya dikelolakan oleh seorang hamba Allah yang baik hati dan sungguh mulia demi menjaga kebajikan anak-anak yatim piatu yang miskin dikawasannya. Keadaan mereka sungguh daif dan menyedihkan dan memerlukan bantuan orang ramai dengan seberapa segera agar kehidupan anak yatim tersebut tidak terabai dan dapat hidup seperti anak-anak yang lain. Menurut pengelola tempat tersebut, En. Jalil, sebelum ini sebuah syarikat swasta, TOSHIBA, telah bermurah hati untuk memberi sumbangan setiap bulan namun setelah syarikat tersebut menutup cawangannya di Malaysia, kini mereka terpaksa mengharapkan belas ihsan dari masyarakat untuk meneruskan kehidupan harian. Kunjungan rakan-rakan saya baru-baru ini mendapati keadaan mereka sungguh menyedihkan, apatah lagi pengelolanya, En Mohd Jalil Marzuki (yang juga memiliki 7 orang anak) terpaksa mengelolakan 46 orang anak-anak yatim piatu termasuk menguruskan tempat tinggal, makan, pakaian dan sebagainya. Melalui perbualan telefon diantara En Jalil dengan saya pagi tadi, beliau memaklumkan bahawa setiap bulan rumah anak yatim tersebut memerlukan perbelanjaan sekitar RM25 ribu untuk menampung kos keperluan hidup (makanan dan sebagainya). Dari sumber yang lain pula, saya difahamkan kadang-kala makanan mereka terpaksa dicatu kerana masalah kewangan. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya ada pihak yang ingin menghulurkan bantuan/derma/ sumbangan dalam apa jua bentuk, adalah amat dialu-alukan oleh beliau. Berikut adalah butiran lanjut mengenai rumah anak yatim tersebut:- Nama rumah : Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin AL-Munirah Alamat : Lot 15772, Jalan Johan Setia, Off Jalan Langat,41200 Klang, Selangor Darul Ehsan Pengelola : Mohd Jalil B Marzuki (Pembantu Am) No Telefon : 03-3324 7758 atau 019-644 7949 (En Jalil) No Faks : 03-3324 0906 Jumlah pelajar : 45 orang [24 pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan (12 orang masih di peringkat sekolah rendah)] Antara barangan yang diperlukan dan harapan mereka:- 1. Barangan keperluan harian (tolietries - sabun, berus gigi,ubat gigi dll.) 2. Makanan 3. Tuala wanita ( terdapat ramai pelajar wanita peringkat menengah) 4. Sarung cadar / bantal 5. Telekung / sejadah 6. Alat tulis (stationeries) untuk persekolahan 7. Langsir tingkap (agak penting kerana terdapat campuran pelajar) 8. Selimut 9. Tuala mandi 10. Penyangkut Baju 11. Selipar 12. Buku-buku rujukan (mungkin ada buku-buku lama yang hendak disedekahkan) 13. Komputer (terpakai pun takpe tapi masih elok) 14. Dan lain-lain (apa-apa jua yang difikirkan patut…terserah kepada anda….) Harapan jangka panjang mereka ialah jika sekiranya mereka dapat membina sebuah dewan dan surau bagi kegunaan anak-anak yatim piatu dikawasan itu kerana buat masa ini saya difahamkan mereka bersembahyang didalam rumah kontena yang telah diubah suai. Saya juga difahamkan bahawa kebanyakan komputer yang disumbangkan oleh masyarakat kepada mereka, semuanya tidak boleh diguna pakai (tu la perangai orang Malaysia, bagi tak ikhlas…..)..kesian kat budak-budak tu….baik tak yah bagi langsung….. Saya amatlah berbesar hati jika sekiranya rakan-rakan sekalian dapat memanjangkan lagi email ini kepada kenalan-kenalan saudara/saudari atau pihak-pihak tertentu agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh anak-anak yatim ini (especially kawan-kawan aku yang kerja best-best tu…..) supaya mereka diberi peluang untuk hidup seperti orang lain dan tidak terabai. Maaf, saya tidak dapat mengepilkan gambar-gambar mereka bersama email ini kerana setelah di "scan" kan, gambar yang keluar agak gelap dan tidak jelas, namun jika sekiranya rakan-rakan ingin juga melihat, boleh lah menghubungi saya. Seandainya, saudara-saudari ingin menghulurkan sumbangan, boleh menghubungi terus En Jalil di talian tertera diatas atau memasukkan sumbangan anda ke akaun yang berikut:- v Nombor akaun Bank Muamalat 12040001994715 v Nombor akaun Bank Islam 12-010-01-005674- 2 v No.akaun Maybank 562647201075 (segala sumbangan dikecualikan daripada cukai pendapatan RUJ:LHDN 01/35/42/51/ 179-6.5854) Terima Kasih. Besar hati saya jika saudara-saudari dapat menyebarkan email ni kepada kenalan anda…… Mohd Faizal Bin Mohd Idris /---------------------------------------------------------------------------\ Confidential and/ or privileged information may be contained in this e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are not the addressee indicated in this Message (or responsible for delivery of this Message to such person),you are hereby notified that any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received in error and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate to the official business of this company shall be understood as neither given nor endorsed by this company. This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn Bhd) *Scanner Engine powered by Norman Virus Control \--------------------------------------------------------------------------/ Kongsi video semasa berbual dengan rakan anda dalam messenger. Kini segalanya boleh dengan Yahoo! Messenger terbaru. http://my.messenger.yahoo.com
