FADHILAT PUASA 
> 
> 
> 
>  Hadith 1
>Abu
>      Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah 
> dikurniakan dengan lima perkara yang
>      istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka.
>      Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di
>      sisi Allah daripada bau haruman kasturi.. Ikan-ikan di lautan memohon
>      istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka
>      puasa"..
>Allah
>      mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian
>      berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana
>      hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang
>      besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
>Pada
>      bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda
>      mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan
>      selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa
>      ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun
>      bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul
>      Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya
>      seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan
>      tugasnya."    
> 
> 
>Hadith
>      2
>Ubadah
>      Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari
>      ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, 
> di mana
>      Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, 
> mengampuni
>      dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu
>      untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan
>      malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari
>      kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan
>      daripada rahmat Allah pada bulan ini."
> 
> 
>Hadith
>      3
>Abu
>      Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap 
> hari siang dan malam pada bulan
>      Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh
>      daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang
>      dan malam doanya pasti akan diterima."
> 
> 
>Hadith
>      4
>Abu
>      Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Terdapat tiga 
> jenis orang yang doa mereka tidak
>      ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa;
>      imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu
>      Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit
>      dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya
>      Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
> 
> 
>Hadith
>      5
>Ibn Umar ra.
>      meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah dan para 
> malaikatNya mengirim
>      rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
> 
> 
>Hadith
>      6
>Abu
>      Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Barangsiapa 
> berbuka satu hari di siang hari bulan
>      Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat,
>      tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan
>      berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
>  
>-Arzura Arif-
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>   
 
DISCLAIMER: This message (including any attachments) is intended only for the 
use of the individual or entity to which it is addressed and may contain 
information that is non-public, proprietary, privileged, confidential, and 
exempt from disclosure under applicable law or may constitute as attorney work 
product.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any use, 
dissemination, distribution, or copying of this communication is strictly 
prohibited. If you have received this communication in error, notify us 
immediately by return e-mail and (i) destroy this message if a facsimile or 
(ii) delete this message immediately if this is an electronic communication. 
The message that do not relate to the official business of FELDA or its Group 
of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by FELDA or any 
of the companies within the Group. Thank you.


      
_________________________________________________________________________________________
Design your own exclusive Pingbox today! It's easy to create your personal chat 
space on your blogs. http://my.messenger.yahoo.com/pingbox

Kirim email ke