August 4th, 2009, by Noorizam Shah *Email Scam Bahasa
Malaysia?<http://www.noorizamshah.com/2009/08/04/email-scam-bahasa-malaysia.html>
*

Baru-baru ini saya ada terima satu email yang pada awalnya tidak ada
langsung syak wasangka. Kemudian saya semak keyword “SPAHIRE BLUE STONE” di
google.com dan hasilnya saya menjumpai beberapa link yang membincangkan
mengenai kandungan email yang hampir serupa di beberapa buah forum.

Carigold.com <http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=77525>

Apa yang menarik, sebelum ini saya banyak terima email seperti ini tetapi
ianya dalam bahasa Inggeris. Antara modus operandinya ialah:

1. Ada individu bertanggungjawab telah mati atau ditimpa kecelakaan.
2. Memohon kita menjadi penerima atau orang tengah atau agen.
3. Menawarkan imbuhan hasil dari kerjasama.

Pesan saya, jika anda terima sebarang bentuk email yang anda sendiri
ragu-ragu siapa pengirimnya, sila abaikan dan jangan sesekali berikan
maklumat peribadi anda kepada mereka. Di khuatiri anda akan menjadi mangsa
kepada satu sindiket penipuan terancang.

Berikut adalah contoh email yang saya terima:

*Apa khabar?*

*Diharap tuan sihat sejahtera.*

*Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya fizah abdullah
dan juga warganegara Malaysia.
Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut
menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya
ingin menawarkan usul perniagaan dimana ia adalah sulit dan penting untuk
masa depan dan kerjaya saya. Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan
maksud kedatangan email  ini lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan
memberi impak yang besar kepada kerjaya saya.*

*Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE dimana
mineral ini boleh didapati di Malaysia melalui pembekal yang dikenali dan
kualiti produknya dijamin oleh syarikat kami. Produk ini digunakan untuk
perhiasan seperti barang kemas, jam, kemasan lantai dan sebagainya.
Memandangkan tuan seorang rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan tuan untuk
menjadi ejen bagi pihak syarikat semasa mereka datang untuk membelinya di
sana. Untuk pengetahuan tuan, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut
setiap dua bulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara
syarikat dengan tuan.*

*Sebelum ini pihak syarikat menghantar wakil untuk membeli mineral ini
tetapi dia telah terlibat dengan kemalangan dan hilang keupayaan. **Oleh itu
saya mengambil kesempatan mendapatkan nombor telefon pembekal di Malaysia
darinya.
Di sini saya sekadar cuba nak bertanya, adakah tuan berminat untuk melakukan
urusniaga ini? Ini kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia
tersebut.*

*Saya kalau boleh tidak mahu pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus
dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja.
Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat membeli
mineral tersebut dengan harga USD7,500 seperti yang ejen lama jual. Saya
juga akan mencadangkan tuan sebagai pembekal kepada syarikat dari Malaysia
kepada CEO kami dengan persetujuan tuan.*

*Sekiranya tuan berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih
lanjut, diharap tuan mengambil inisiatif untuk menghantar email terus kepada
saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi
dan saya akan terangkan melalui telefon:*

*Yang benar,*

*fizah Abdullah*



*Jangan terpengaruh jika menerima email seperti ini…sebarkan pada semua
kenalan...*

* *

* *

* <http://www.jimatkaran.com/>*

* *

<<image001.gif>>

Kirim email ke