Assalammualaikum

Akaun budak ni tak lepas lah (unauthorised) tak tau camne nak tolong

  ----- Original Message ----- 
  From: ~sWeEtDaRLinG~ 
  To: [email protected] ; linda jagungmanis ; nazira softlabs ; rohaya 
shell ; as shell ; [email protected] 
  Sent: Tuesday, September 15, 2009 9:57 AM
  Subject: [(jdk)] Fw: 12 beradik hilang tempat bergantung


    



  " Kalau ayah meninggal, ayah harap sangat doa dari anak-anak yang soleh 
mendoakan ayah..." ucap Abdul Karim Abd Aziz , 51 kepada anak keempatnya , 
Imanina Abdul Karim , 19 , sehari sebelum beliau terkorban dalam satu 
kemalangan ngeri di Lebuh Raya Persekutuan , berhampiran Pusat Perubatan 
Universiti Malaya pagi Ahad lalu 30 August 2009. 
    
  Imtinan yang ditemui dirumahnya di No 40 Jalan KM3 , Darul Hidayah , 43100 
Hulu Langat , Selangor berkata , mereka sekeluarga tidak menyangka pesanan 
ayahnya itu menjadi kenyataan . 
    
  Dalam tragedi tersebut , Abdul Karim memandu kereta perodua kancil maut 
apabila kenderaannya dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan.. Abdul 
Karim yang bekerja sendiri , meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah di 
kepala dan badan manakala isterinya , Maimon Said , 52 dan anak lelakinya , 
Mohd Ihsan yang berada dalam kereta itu turut parah. Maimon dan Mohd Ihsan 
dirawat di PPUM dan mereka berdua yang koma semasa kemalangan tersedar pagi 
selasa lalu . 
    
  Abdul Karim meninggalkan dua belas anak yang berusia antara 9 hingga 24 tahun 
, Sementara itu Imtinan yang terpaksa mengambil alih tugas untuk menjaga 
adaik-adiknya berkata , beliau reda dengan nasib yang menimpa mereka 
sekeluarga. Beliau yang berkerja sebagai guru di sebuah sekolah agama rakyat , 
dekat sini berkata biarpun gajinya lebih kurang RM1000 beliau akan cuba sedaya 
upaya menjaga adik-adiknya. Memanglah selama ini kami adik-beradik bergantung 
penuh kepada ayah, baik duit belanja ataupun menghantar adik-beradik kesekolah 
dan sebaginya. Lagipun nasib umi (ibunya) tidak tahu lagi sebab dia pun serius 
juga, ujarnya dengan nada sedih. Malah katanya beliau tidak mahu adik-adiknya 
tercicir dalam pelajaran walaupun terpaksa menyara enam lagi adik-adiknya yang 
masih bersekolah. Katanya , selagi termampu beliau akan menjaga adik-adiknya 
biarpun masih kabur untuk mencari wang secukupnya. 
    
  Disaat ini juga katanya , beliau belum terfikir untuk membuat persiapan 
menyambut kedatangan Adilfitri tidak lama lagi. Beliau berkata, ini termasuklah 
baju raya adik-adiknya belum dibeli lagi . "tidak tahulah sama mampu beli 
ataupun tidak kerana sebelum ini ayah yang belikan dan biasanya ayah beli pada 
akhir Ramadhan,"ujarnya sambil merenung adik-adiknya. bahkan ujarnya , mungkin 
mereka adik-beradik tidak dapat balik kampung di Lenggung Perak pada hari raya 
ini. "macam mana nak balik kereta kancil ayah remuk sama sekali dan kami pun 
ramai. Mereka terdiri daripada , Imtinan ,24 , Ibtihal 23, Inshyirah , 21, 
Izyani , 18 , Ilhamina , 17 , Ibtisam , 17 , Ibtihaj , 16 , Ismahani , 15 , 
Mohd Ikram 14 , dan Imtiyaz , 9 tahun. Sementara seorang lagi adiknya , 
Imanina, 19 berada di PPUM menjaga ibu dan adiknya, Mohd Ihsan 11 tahun yang 
terlibat dalam kemalangan tersebut, 
    
  Setiap kali kakak mereka bercerita mengenai ayahnya masing-masing bergenangan 
air mata. paling tersentuh apabila melihat Mohd Ikram yang diapit kakak dan 
adik-adiknya tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun apabila ditanya mengenai 
cita-citanya. Beliau terus menundukkan kepala beberapa ketika bagi menahan 
sebaknya . Pelajar Maahad Tahfiz , Batu 16 , Ulu Langat ini hanya mampu 
memandang keluarganya dengan penuh sayu sambil menyapu air matanya. Ketika ini 
juga adik-adiknya yang lain termasuk neneknya berlinangan air mata melihat 
kesedihan dan keshahduan Ikram. 
    
  Dalam pada itu, Inshyirah yang mengambil upah menjahit baju , berkata beliau 
akan mencari pekerjaan lain untuk membantu adik-adiknya . Beliau yang menetap 
bersama neneknya di Perak berkata , tidak akan membiarkan adik-adiknya susah, 
yang penting persekolahan mereka dan ayah pun sebelum ini bersengkang mata 
untuk menyara kami,"katanya. 
    
  Sementara itu sesiapa yang ingin menyumbang kepada keluarga anak yatim 
tersebut bolehlah menghulur bantuan menerusi akaun bank INSHYIRAH ABDUL KARIM : 
158136726121 MAYBANK 
    
  Tolong panjangkan email ini kepada sahabat anda yang lain . terima kasih. 
    
  TAZKIRAH RAMADHAN : 

   
  Anak yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi yang amat 
memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang dan perhatian daripada semua 
lapisan masyarakat, khususnya mereka diberikan oleh Allah kemewahan dan 
kelapangan masa bagi tujuan mendidik dan mengasuh. Oleh kerana anak-anak yatim 
ini tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan yang secukupnya kerana kehilangan 
ibu atau bapa atau keduanya sebelum mencapai umur baligh. 
  Islam meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Oleh itu 
masyarakat bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya dengan memberi 
belaian kasih sayang sepenuhnya kepada mereka. Mereka adalah anggota masyarakat 
yang kurang bernasib baik yang telah ditentukan oleh Allah (Qada’ Qadar). 
Dengan ini Allah meletakkan darjat dan pahala yang tinggi bagi insan yang 
mahukan perubahan dan sanggup meluangkan masa, tenaga dan perhatian yang penuh 
ikhlas terhadap kebajikan mereka sebagaimana dijelaskan oleh Rasullullah dalam 
Hadis : 
    
  Rasullullah dalam Hadis : خَيْرُ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ 
يَتِيْمٌ يُحْسَنُ اِلَيْهِ وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ 
يَتِيْمٌ يُسَاءُ اِلَيْهِ 
  Ertinya : 
  Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak 
yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah 
orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik. 
   

  *********************************************************************** 




------------------------------------------------------------------------------
  Connect instantly with friends on your blog and personal website. 
  Create your latest Pingbox today!


------------------------------------------------------------------------------
  Adding more friends is quick and easy.
  Invite your friends from Hotmail, Gmail to Yahoo! Messenger today!



  

Kirim email ke