*  
Kisah bermula pada suatu
malam... Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie
Bersama rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala
Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok,
di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India ...
tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.

Mamat nie
tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang
kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya
pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan
jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta
rosak tepi jalan.

Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah
yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu
perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi
bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan,
aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh
gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula
terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula
terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari
tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan
aje yang tau betapa takutnye mereka.

Bila bas tu dah semakin
hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah
tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2?

"Bang,
boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang" Terdengar suara dari
belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak
bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.
 
Luv Always
Lailatul Nor Hafizah
 
=========================================================================================
" Wahai Tuhanku, seharusnya HambaMu ini Tidak layak menjadi penghuni Syurga 
Firdaus, tetapi aku tidak tahan untuk menghadapi siksaanMu di dalam api neraka 
Jahanam,Maka oleh kerana itu Ya Allah , terimalah taubat ku dan ampunkanlah 
dosa-dosaku.Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang mengampunkan dosa-dosa besar"
Membeli Barangan Avon dengan Harga Discount Gunalah : Acc # 9715446 
 
Ingin niaga Internet tapi Modal Kurang?
Ikut link ini dan sediakan RM5 shj sbg modal
Mudah, cepat dan terjamin:http://kerja-mudah.com/?ref= 2931


      

Kirim email ke