*Awas - Panggilan Misteri Kad Kredit Untuk
Menipu*<http://ondscene.blogspot.com/2010/04/awas-panggilan-misteri-kad-kredit-untuk.html>
* *
Labels: Email 
Scam/Spam<http://ondscene.blogspot.com/search/label/Email%20Scam%2FSpam>,
Jenayah <http://ondscene.blogspot.com/search/label/Jenayah>
Seorang rakan dengan nada cemas, menelefon saya meminta bantuan masalah yang
dihadapinya.

Semuanya gara-gara kad kredit...

Begini kesnya:

Rakan ini mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank A dengan had
kredit kurang dari RM10,000.

Pada suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang saya
kategorikan sebagai penjenayah.

Penjenayah 1 - Encik, saya dari Bank B, ingin meminta pengesahan mengenai
pembelian barangan menggunakan kad kredit encik ini.

Rakan -  Pembelian barang? Saya tidak membeli apa-apa barang. Kad kredit ada
pada saya.

Penjenayah 1- Kami sedang menunggu kelulusan encik untuk 'approve'
penggunaan kad kredit ini. Had limit encik sudah melebihi, sebab itu kami
menelefon untuk kepastian.

Rakan - Apa yang saya beli? Saya tidak pernah ada kad kredit dari Bank B.

Penjenayah 1 - Maaf, tapi kad kredit encik ini 'Gold Card', had limit dah
melebihi RM20,000. Baru tadi ada satu lagi transaksi RM5000. Itu
dah diluluskan.

Rakan - Macamana boleh berlaku ? Di mana transaksi itu berlaku?

Penjenayah 1- Di KLIA. Kalau macam tu, kad kredit encik mungkin telah
dipalsukan. Kami perlukan maklumat lanjut untuk membantu encik.

Rakan - Saya kena buat laporan polis dan Bank Negara.Ada orang salahgunakan
maklumat diri saya.

Penjenayah 1- Ok, encik jangan bimbang. Saya akan sambungkan encik dengan
pegawai di Bank Negara untuk membantu encik.

Panggilan diletakkan dalam 'on-hold' dan beberapa saat kemudian, kedengaran
satu suara.

Penjenayah 2 - Saya Penjenayah 2 dari Bank Negara. Ok, encik jangan risau.
Kami akan pantau keadaan ini, tetapi encik jangan buat apa-apa laporan polis
lagi. Tunggu dalam tempoh 3 hari.

Rakan - Kenapa tak boleh buat laporan polis?

Penjenayah 2 - Oh, itu prosedur kami, kerana kami tidak mahu penjenayah lari
atau tahu dia sedang dikesan. Untuk itu, kami perlukan butiran encik seperti
nama penuh, alamat, maklumat kad kredit dan butiran lain.

Oleh kerana cemas, panik dan risau, maka tanpa teragak-agak, rakan itu
memberikan butiran seperti yang diminta. Maka bocorlah berbagai maklumat
yang tak sepatutnya kepada orang yang tak dikenali.

Sebaik menceritakan keadaan itu kepada saya, saya meminta dia melaporkan
kepada polis kerana panggilan itu adalah penipuan semata-mata untuk
mendapatkan maklumat untuk mereka palsukan kad kreditnya atau tujuan lain.

Panduan :

1. Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad
kredit itu sendiri sudah terang-terang penipuan.
    Lojiknya ialah - pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba-tiba
pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun
kad kredit dari Bank B itu.

2. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya
membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk
membantu.

3. Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan
satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.

4. Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang
sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun
anda akan dikerjakan mereka.

5. Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan
telefon.

6.Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya
tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu
nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana 'Bank' tahu nombor telefon itu
sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa
atau mana-mana pihak.

7. Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan
ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan 'private number' atau
nombor yang tidak akan dapat anda dail semula. --



p/s -fwd la kat rakan2 yg guna Kredit card gak.. unfortunately. this info
come very late huu


__________________________________________________

 *Sponsored Links:***

Buka kedai francais PERCUMA klik sini ->
http://www.BukaStokis.com<http://www.bukastokis.com/>

Nak carik team utk lawan friendly bola jaring? Klik
sini<http://games.groups.yahoo.com/group/bola_jaring>

Alat penjimat bil elektrik -> http://www.alatjimat.com

Kirim email ke