Just for your info!!!
 
Peribahasa Umpama Melepaskan Batok Di Tangga Berasal Dari Indonesia ?
 

Sebenarnya ramai yang menyalahgunakan peribahasa ini. Sebenarnya bukan 
melepaskan batuk tetapi batok. Disebabkan perubahan ejaan batok ini kepada 
batok menjadikan ramai golongan muda tidak tahu apa sebenarnya batok yang 
dimaksudkan dalam peribahasa ini.
Batok yang dimaksudkan bukanlah batuk “uhuk..uhuk” seperti yang kita sakit itu. 
Batok ini ialah penyedok air yang diperbuat daripada tempurung yang digunakan 
pada zaman dulu-dulu di rumah atok nenek kita untuk menyedok air didalam 
tempayang untuk basuh kaki.
Selepas kita gunakan sepatutnya diletak semula didalam tempayang atau di atas 
penutup tempayang bukannya di atas tangga macam tu je.
Jadi peribahasa ini bermaksud orang yang buat kerja tidak sempurna atau hanya 
amek syarat atau dengan kata lain membuat kerja tidak bersungguh-sungguh. 
Mungkin boleh disamakan dengan hangat-hangat taik ayam dipegang panas dicium 
jangan.

Apa pula kaitannya peribahasa Melepaskan batok ditangga dengan Indonesia ?
Tak ada apa pun sebenarnya hanya ingin memberi idea kepada Indonesia mana tahu 
nak wartakan yang Batok itu cipta asal dari Indonesia sepertimana yang kes 
terbaru Indonesia wartakan yang batik seni melayu berasal dari Indonesia.
Sebab kita sendiri pon maklum yang melayu di Malaysia ini banyak kacukannya dan 
kebanyakan dari kita bukan orang asli Malaysia. Mungkin kita di Melayukan dalam 
IC. Sejarah juga membuktikan Parameswara berasal dari Palembang ( Ada kaitan ke 
dengan kenyataan ni? Ada kot)
Adakah umah korang, nenek,atok atau jiran korang masih menggunakan batok ?


      

Kirim email ke