From: Yogi Triyuniardi 

KESAKSIAN SOLEHAH

Assalamualaikum, saudara dan saudari yang dikasihi Tuhan!

Nama saya Solehah, seorang Muslimah Melayu dari Semenanjung Malaysia . Keluarga 
saya keluarga Muslim yang cukup tradisional dan kuat pegangan agama Islamnya. 
Sejak awal-awal lagi saya telah diberi pendidikan keagamaan Islam yang mendalam 
bagi membentuk perwatakan saya sebagai seorang Muslimah yang cukup taqwa dan 
alim.

Pada peringkat sekolah rendah, saya juga dididik di sekolah madrasah dan 
bermuqaddam, mengaji dan telah mendalami rukun-rukun Islam serta al-Quran 
daripada
ustazah-ustazah dan guru-guru agama Islam yang lain.
Guru-guru agama saya telah mengajari saya bahawa ada saranan dalam Islam yang 
utamakan memperolehi ilmu walau pun terdapat di tempat yang cukup jauh seperti
di negeri Cina.Dari itu, saya telah banyak membaca dan tidak segan menanyakan 
banyak soalan-soalan seringkali apabila saya kurang memahami sesuatu hal atau 
ajaran
dan lain-lain isu dalam Islam. 

Banyak kali, tabiat saya ini tidak menyenangkan ustaz-ustaz dan guru-guru agama 
saya! Tetapi, bukankah saranan Islam supaya kita menimba ilmu sebanyak mungkin, 
walau pun sampai ke negeri Cina? Jadi, saya telah menanyakan banyak perkara 
tentang Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang lain dalam Islam. Salah satu 'Rasul' 
yang saya paling minati ialah Sayidina Isa a.s., yang juga digelar 'Al-Masih' 
di dalam al-Quran. Oleh kerana Nabi Isalah yang paling menyerlahkan sifat-sifat 
pengasih dan penyayang serta perikemanusiaan yang insaniah di antara 
rasul-rasul yang lain, termasuk Muhammad, bagi saya. Saya telah menanyakan 
banyak sekali tentang Sayidina Isa al-Masih kepada guru-guru agama saya, 
sehingga salah seorang ustazah saya telah menasihatkan saya supaya saya JANGAN 
mengkaji atau membaca Surah Fasal 19 yaitu Suratul-Maryam dalam al-Quran (Surah 
ini mengandungi kisah Sayidina Isa yang agak 'panjang')! Saya pun hairan 
sekali. Kerana guru agama saya ini sedang cuba menggugat dan menghalang saya 
daripada menelaah tentang salah satu daripada enam Rasul Islam yang paling 
penting dan utama! 

Malah, dia juga telah menegah saya daripada membaca Kitab Suci Injil, yakni 
'Al-Kitab/Bible (Bahasa Inggeris)' umat Kristian. Saya pun terasa kejanggalan 
saranan beliau kerana halangannya bertentangan sekali dengan sikap 'menimba 
ilmu' yang kononnya dipelopori oleh agama Islam! Dengan ilmu ini, saya rasa, 
masyarakat majmuk dan 'pluralis' di tanah air Malaysia dapat menjambatani 
jurang kesefahaman di antara masyarakat yang berbilang kaum dan agama yang 
wujud dengan cukup ketara di sini! Lebih-lebih lagi, saranannya itu berbau 
merahsiakan sesuatu yang dia ingin sembunyikan daripada perhatian dan kajian 
saya.
Ini bukanlah sekadar pengalaman saya seorang sahaja, tetapi boleh dikatakan 
rata-rata majoriti orang-orang Islam telah secara lumrahnya diberikan nasihat 
yang sama atau ditegah sama sekali daripada mengkaji agama-agama samawi seperti 
Kristian/Masehi pada hari ini. 

Akhirnya, saya telah pun memperolehi sebuah Kitab Injil (Bible umat Kristian). 
Saya ingin mengkaji dan menyelidiknya, tetapi dengan sebuah minda yang terbuka 
dan tidak tercemar oleh pra-sangka prasangka dan buruk sangka lumrah yang ada 
dalam minda dan anggapan orang-orang Islam terhadap Kitab umat Kristian! Saya 
sudah cukup mantap dengan cerita-cerita dan kisah-kisah Sayidina Isa dalam 
al-Quran, kitab saya sendiri sebagai seorang Muslimah.

Akan tetapi, apa yang telah saya dapati di dalam Injil, adalah jauh lebih 
lengkap dan rinci daripada kandungan kisah-kisah Sayidina Isa a.s. dalam 
al-Quran! Misalnya, al-Quran katakan bahawa Isa adalah hanya salah seorang Nabi 
dan Rasul Allah. Tetapi, Injil telah menyatakan bahawa, menurut sabda Sayidina 
Isa A.M.sendiri, baginda telah menyatakan bahwa Baginda (Isa) adalah jauh lebih 
besar daripada nabi-nabi Yunus dan maupun Nabi Sulaiman - yang telah muncul 
sebelum kedatangan Isa Al-Masih! Lihat KSI, Matius 12 : 41-42. 

Isa Al-Masih menyatakan bahawa Baginda pun sudah wujud dan ada bersama-sama 
dengan Allah s.w.t. SEBELUM LAHIRNYA NABI IBRAHIM.A.S di dunia! Kewujudannya 
ini bukanlah hanya sekadar sebagai 'buah fikiran' Allah swt, tetapi 
sesungguhnya Al-Masih telah wujud sebagai 'Kalimat Allah' yaitu Firman dan 
Sabda Allah sendiri yang ada pada Diri Allah, dari azaliah, serta tidak pernah 
berpisah daripada Allah s.w.t. pada waktu apa pun! KSI, Yohanes 8: 57-58, 
Yohanes 1 :1-4, 14.

Islam mengajari bahawa utusan dan risalah Nabi Isa adalah hanya untuk umat 
Israel sahaja. Sayidina Isa sendiri telah bersabda : 
"Saya mempunyai domba-domba - yakni pengikut-pengikut lain, yang BUKAN DARI 
KAWANAN INI (Yaitu Bani Israel) [atau di luar dari umat Israel !] - Saya harus 
menjangkau dan membawa mereka kembali kepada saya, dan mereka akan menjadi 
pengikut-pengikut Aku juga!" Injil, Yohanes 10: 16.

Sayidina Isa Al-Masih Sendiri telah berkata - Dialah satu-satunya yang telah 
NUZUL [Turun] dari Syurga sebagai anugerah rahmat dan penyelamatan Allah swt 
untuk SEMUA Manusia :
"Saya telah Turun - Nuzul, dari Syurga untuk menyempurnakan kehendak Allah.." 
Yohanes 6:38

"Dan inilah kehendak Allah: Bahawasanya sesiapa pun yang melihat Kalimatullah 
(Putra-Nya Isa Al-Masih), serta meyakini akan Dia, akan mendapat kehidupan kekal
abadi. Saya Sendiri (Sayidina Isa Al-Masih) akan membangkitkan mereka pada Hari 
Kiamat." Yohanes 6: 40 

"Sayalah 'Roti Hidup' itu yang telah NUZUL-TURUN dari Syurga, sesiapa pun yang 
jamah roti ini akan hidup selama-lamanya (memperolehi kehidupan kekal 
syurgawi), rotinya ialah tubuh-Ku, yang di berikan kepada Manusia supaya mereka 
tidak akan dimusnahkan.." Yohanes 6: 51

Juga pernyataan Baginda seperti berikut:
"Kerana hanya SAYALAH, YANG TELAH TURUN DARI SYURGA dan akan bangkit kembali ke 
sana semula.." Yohanes 3 : 13

Menurut Islam, kononnya Isa tidak wafat di atas Salib. Tetapi Isa sendiri telah 
mengucapkan dan menubuatkan SEBALIKNYA, menurut kata-kata Baginda sendiri:

"Sayidina Isa Al-Masih memberitahukan
pengikut-pengikutnya (para hawariyun) secara langsung dan dengan jelas bahawa 
Baginda harus pergi ke Yerusalem (Baitul-Muqqadis) dan apa yang akan terjadi 
kepada-Nya di sana . Baginda akan harungi sengsara di tangan para pemimpin di 
situ, dan juga di tangan ketua-ketua agama. BAGINDA AKAN DIBUNUH, DAN tiga hari 
kemudian, dia akan di bangkitkan semula." Kitab Suci Injil, Matius 16 : 21, 
Juga di Markus 8 : 27ff dan
Lukas 9: 18ff. 

Semua ini sejajar dan sesuai sekali dengan sabda Sayidina Isa yaitu:
"Saya tidak turun ke dunia ini untuk dilayani, tetapi untuk melayani 
orang-orang lain, DAN UNTUK MEMBERI NYAWA SAYA SEBAGAI SATU KORBAN YANG AKAN 
MENEBUSKAN BANYAK JIWA-JIWA." Matius 20: 28

Maksud pengorbanan Isa Al-Masih ini juga amat jelas dari kata-katanya - yakni 
pengorbanan NYAWA Baginda sendiri :
"Tidak ada Kasih sayang yang melebihi ini: yaitu untuk seorang mengorbankan 
nyawanya sendiri bagi pihak sahabat-sahabatnya! Kamu semua adalah 
sahabat-sahabat-Ku jika engkau mematuhi perintah-perintah-Ku!" Yohanes 15 : 13, 
14

Serta : 
"Aku adalah Gembala yang Baik; Aku kenali domba-dombaku dan mereka kenali aku, 
sama seperti Bapa-Ku kenali aku dan aku kenali-Nya. DAN SAYA KORBANKAN NYAWA-KU 
UNTUK DOMBA-DOMBA AKU. Saya miliki domba-domba yang lain juga, YANG DILUAR 
KAWANAN INI, saya harus mengumpulkan mereka juga, dan mereka akan kenal suara 
aku.." Yohanes 10: 14-16 

Umat Islam seringkali menuduh-nuduh umat Kristian kononnya mereka telah 
'mendewakan' / 'mentuhankan' Sayidina Isa A.M. Tetapi ini juga adalah tuduhan 
palsu
dan tidak berasas, sekali lagi!

Dalam Kitab Suci Injil, sekali lagi, kita dapat mencari apa yang Sayidina Isa 
sendiri telah berucap dan berkata-kata kepada khalayak ramai di muka umum, 
tentang Dirinya sendiri. Sebagai contoh, Baginda telah berucap seperti berikut:

"Philip, tidakkah engkau kenal SIAPA DIA AKU? Semenjak waktu permulaan Aku 
telah bersamamu? Sesiapa yang telah melihat Aku, sudah pun mengenal (melihat) 
Allah
Bapa (yaitu Tuhan Allah)! Yohanes 14 : 9

Dan juga:
"Allah Bapa dan Saya adalah SATU.." Yohanes 10 : 30

Serta :
"Sadarilah bahawa Allah adalah di dalam Aku, dan Aku sendiri adalah di dalam 
Allah Bapa." Yohanes 10: 38

Jadi, sudah amat jelaslah bahwa Sayidina sendiri telah menyatakan bahawa 
diriNya adalah SATU dengan Tuhan Allah. Ini bukan dari kata-kata mana-mana 
manusia yang
lain, selain dari bibir Sayidina Isa A.M. sendiri! 

Dari itu, ada juga ramai polemis Islam yang telah cuba mencurigakan kesahihan 
Kitab Suci Injil pula! Kepada mereka, saya syorkan bahawa semua hujah-hujah dan 
usul-usul tuduhan mereka sudah pun ditangkis dan telah disangkal secara ilmiah 
dan berdasarkan fakta-fakta ilmiah.

Para pembaca dijemput untuk mengkaji dengan teliti dan hati-hati 
makalah-makalah dan dalil-dalil di link ini:
KESAHIHAN AL-KITAB DAN KITAB SUCI INJIL

Lewat satu malam, setelah saya dapat membaca kedua-dua al-Quran dan Injil, di 
kamar Hotel saya di pantai Timur Malaysia, saya terasa terharu dan membuka 
Al-Kitab / Kitab Suci Injil sekali lagi, sebaik sahaja saya telah renungi 
kandungannya, rasa aman-damai telah datang serta menenangi jiwa dan raga saya. 
Ini bukan secara kebetulan sahaja! Beberapa hari sebelum itu, saya telah 
mengalami pengalaman yang sama juga. Setiap
kali saya buka dan menelaah Kitab Suci Injil itu, perasaan damai sejahtera 
sentiasa menenangi jiwa saya!
Tetapi apabila saya cuba membaca dan telaah al-Quran, perasaannya sangat 
bertentangan sekali! Selalunya perasaan keresahan, gelisah dan tidak senang hati
merupakan pengalaman yang lumrah bagi saya.Ini terjadi walaupun saya telah 
berwuduk dan 'menyucikan' diri sebelum menyentuh kitab Suci al-Quran saya itu.

Pada waktu malam yang indah itu pula, angin laut sepoi-sepoi bahasa 
mendinginkan suasana di bilik Hotel kami, saya telah membaca Al-Kitab sekali 
lagi, dan kali ini, saya telah merasa keyakinan dalam hati saya yang semakin 
mendadak, saya diyakinkan bahawa malam itulah malam penentuan bagi saya. Tidak 
syak lagi, saya telah serahkan diri saya kepada kuasa Allah dan Sayidina Isa 
Al-Masih yang saya peluki sebagai penyelamat saya dari segala dosa-dosa saya 
dan junjungan saya yang sebenar!

Selepas itu, saya telah pun memberitakan hal ini kepada suami saya, dan dia 
juga telah menerima hakikat dan risalah Sayidina Isa Al-Masih untuk dirinya 
sendiri! Halleluyah! Segala pujian dan kemuliaan kepada Allah! Pada hari ini, 
saya dan anak-anak saya
sudah pun bertaubat dan mereka juga sudah menyerahkan kehidupan, masa depan 
mereka di dunia dan di akhirat ke dalam tangan Allah SWT yang juga Allah Bapa 
mereka, melalui junjungan Sayidina Isa Al-Masih yang sejati dan yang sebenar!

Semoga Allah sendiri akan mencelikkan mata dan hati anda semua kepada siapakah 
Sayidina Isa A.M yang sebenar itu bagi anda sekalian!

Sekian, Wasallaam.
===============================================
From: Yogi Triyuniardi 

KETIKA GUBUKKU TERBAKAR

Satu-satunya orang yang selamat dari kecelakaan sebuah kapal, terdampar di 
pulau yang kecil dan tak berpenghuni.
Pria ini segera berdoa supaya Tuhan menyelamatkannya, dan setiap hari dia 
mengamati langit mengharapkan pertolongan, tetapi tidak ada sesuatupun yang 
datang.
Dengan capainya, akhirnya dia berhasil membangun gubuk kecil dari kayu apung 
untuk melindungi dirinya dari cuaca, dan untuk menyimpan beberapa barang yang 
masih
dia punyai.

Tetapi suatu hari, setelah dia pergi mencari makan, dia kembali ke gubuknya dan 
mendapati gubuk kecil itu terbakar, asapnya mengepul ke langit.
Dan yang paling parah, hilanglah semuanya. Dia sedih dan marah.
"Tuhan, teganya Engkau melakukan ini padaku?" dia menangis.

Pagi-pagi keesokan harinya, dia terbangun oleh suara kapal yang mendekati pulau 
itu.
Kapal itu datang untuk menyelamatkannya.
"Bagaimana kamu tahu bahwa aku di sini?" tanya pria itu kepada penyelamatnya.
"Kami melihat tanda asapmu", jawab mereka.

Mudah sekali untuk menyerah ketika keadaan menjadi buruk.
Tetapi kita tidak boleh goyah, karena Tuhan bekerja didalam hidup kita, juga 
ketika kita dalam kesakitan dan kesusahan.
Ingatlah, ketika gubukmu terbakar, mungkin itu "tanda asap" bagi kuasa Tuhan.

Ketika ada kejadian negative terjadi, kita harus berkata pada diri kita sendiri 
bahwa Tuhan pasti mempunyai jawaban yang positif untuk kejadian tersebut.

Kamu berkata, "Itu tidak mungkin."
Tuhan berkata, "Tidak ada hal yang tidak mungkin." (Lukas 18:27)

Kamu berkata, "Aku terlalu capai."
Tuhan berkata, "Aku akan memberikan kelegaan padamu." (Matius 11:28)

Kamu berkata, "Tidak ada seorangpun yang mencintai aku."
Tuhan berkata, "Aku mencintaimu." (Yohanes 3:16-Yohanes 13:34)

Kamu berkata, "Aku tidak bisa meneruskan."
Tuhan berkata, "Kasih karuniaKu cukup." (2 Korintus 12:9 -Mazmur 91:15)

Kamu berkata, "Aku tidak mengerti."
Tuhan berkata, "Aku akan menuntun langkah-langkahmu." (Amsal 3:5-6)

Kamu berkata, "Aku tidak bisa melakukannya."
Tuhan berkata, "Kamu bisa melakukan semuanya." (Filipi 4:13)

Kamu berkata, "Ini tidak berharga."
Tuhan berkata, "Itu akan berharga." (Roma 8:28)

Kamu berkata, "Aku tidak bisa memaafkan diriku sendiri."
Tuhan berkata, "Aku memaafkanmu." (1 Yohanes 1:9-Roma 8:1)

Kamu berkata, "Aku tidak bisa mengatasi."
Tuhan berkata, "Aku akan menyediakan kebutuhanmu." (Filipi 4:19)

Kamu berkata, "Aku takut."
Tuhan berkata, "Aku tidak memberikan padamu roh ketakutan." (II Timotius1:7)

Kamu berkata, "Aku selalu kuatir dan frustasi."
Tuhan berkata, "Serahkan segala kekuatiranmu kepadaku." (I Petrus 5:7)

Kamu berkata, "Aku tidak mempunyai iman yang kuat."
Tuhan berkata, "Aku memberi setiap orang iman menurut ukurannya." (Roma12:3)

Kamu berkata, "Aku tidak pandai."
Tuhan berkata, "Aku memberikan padamu hikmat." (I Korintus 1:30)

Kamu berkata, "Aku merasa aku sendirian."
Tuhan berkata, "Aku tidak akan pernah meninggalkanmu atau membiarkanmu." 
(Ibrani 13:5)

Kirim email ke