From: chrissie honey 

Nasihat Di Awal Ramadhan.


SEKALI YESUS KRISTUS ... TETAP YESUS KRISTUS!! ... YEAAAAHHHH .. HALLELUYA ... 
HALLELUYA ... AMEN!




------------------------------------------------------------------------------
  From: Azhar Khairee <[EMAIL PROTECTED]>
  To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL 
PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL 
PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
  Subject: Nasihat Di Awal Ramadhan.
  Date: Wed, 12 Sep 2007 17:26:52 -0700 (PDT)


  SHEIKH Yusuf Estes ialah seorang cendekiawan terkenal yang tidak pernah jemu 
mengembangkan syiar Islam ke seantero dunia serta mengedarkan bahan-bahan 
ceramah dalam pelbagai medium kepada umat manusia. 
  Ikuti autobiografi penghijrahan akidah beliau dari seorang pengkhutbah 
Kristian kepada pendakwah Muslim yang aktif dan disegani.

  Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama 
Kristian di Midwest, Amerika Syarikat. Hakikatnya, nenek moyang kami bukan 
sahaja membina gereja-gereja dan sekolah-sekolah sepanjang tanah ini tetapi 
keturunan kami juga merupakan orang yang paling awal datang ke situ.

  Semasa di sekolah rendah, kami sekeluarga ditempatkan semula di Houston, 
Texas pada 1949. Kami selalu menghadiri gereja dan saya telah dibaptiskan pada 
usia 12 tahun di Pasadena, Texas. 

  Pada zaman remaja, saya teringin melawat ke gereja-gereja lain untuk 
mempelajari Baptist, Methodist, Episcopalian, Charismatic movement, Nazarene, 
Church of Christ, Church of God, Church of God ini Christ, Full Gospel, Agape, 
Chatolic, Presbyterian dan banyak lagi. 

  Namun, pengkajian saya tidak terhenti kepada agama Kristian. Agama Hindu, 
Yahudi, Buddha, Metaphysics dan kepercayaan tradisi orang Amerika turut saya 
selidiki. Sayangnya agama Islam tidak menjadi pilihan. 

  Bagaimanapun, saya tertarik dengan perbezaan jenis muzik terutamanya Gospel 
dan Klasikal. Memandangkan keluarga saya ramai yang kuat agamanya dan muzikal, 
ia secara tidak langsung menjadikan dua bidang ini sebagai pengajian permulaan. 
Semua ini membawa saya kepada jawatan Paderi Muzik di beberapa gereja di mana 
saya menjadi ahli gabungan selama lebih setahun. Saya mula mengajar keyboard 
pada 1960 dan sehingga 1963, saya berjaya memiliki studio sendiri di Laurel, 
Maryland yang diberi nama Estes Music Studios.

  Sepanjang 30 tahun, saya dan bapa banyak bekerjasama mengendalikan pelbagai 
program hiburan. Kami juga membuka kedai piano dan organ di Texas, Oklahoma 
hingga ke Florida. Meskipun memperoleh kekayaan namun sukar temui ketenangan 
fikiran. 

  Persoalan seperti; "Mengapa kita diciptakan Tuhan?", "Apakah yang Tuhan mahu 
kita lakukan?", "Siapa Tuhan sebenarnya?" dan "Kenapa kita percaya dengan dosa 
sebenar?" sering menghantui diri. Namun semua persoalan ini dibidas keras malah 
menyuruh anda menerima tanpa mempersoalkannya atau itulah 'misteri' dan anda 
tidak perlu mempersoalkan hal itu. 

  Suatu hari tahun 1991, saya terkejut apabila diberitahu bahawa orang Islam 
mempercayai kitab Bible. Malah lebih memeranjatkan, mereka juga mempercayai 
bahawa Nabi Isa itu utusan Allah, Rasul, dilahirkan luar biasa tanpa berbapa, 
Nabi Isa akan kembali pada akhir zaman. Memang ia sesuatu yang sukar 
dipercayai, apatah lagi fikiran saya tentang Islam agak negatif.

  Ayah saya sangat aktif menyokong kerja-kerja gereja, terutamanya dalam 
program sekolah sehingga beliau ditahbiskan (dipersucikan) pada 1970. Dia dan 
ibu tiri saya mengenali ramai mubaligh Kristian dan pendakwah sehingga pernah 
membantu pembinaan "Prayer Tower" di Tulsa, Oklahoma. Mereka berdua juga 
terlibat mengedarkan kaset-kaset ceramah di rumah-rumah orang tua, hospital dan 
rumah pesara.

  Namun pada 1991, ayah mula berurusniaga dengan seorang lelaki dari Mesir dan 
menyuruh saya menemui lelaki beragama Islam itu. Pada awalnya saya agak 
keberatan apa lagi mengetahui bahawa mereka adalah pengganas, perampas, 
penculik dan pengebom. Bukan itu sahaja, mereka juga bukannya mempercayai 
Tuhan, yang mereka tahu hanya mencium tanah lima kali sehari dan menyembah 
kotak hitam di tengah padang pasir.

  Tidak! saya tidak akan berjumpa dengannya. Berkali-kali juga ayah mendesak 
dengan mengatakan dia seorang yang baik. Kerana tidak tahan dengan 
permintaannya, akhirnya saya bersetuju dengan syarat; pada hari Ahad, selepas 
ke gereja, membawa kitab Bible, seutas salib dan memakai kep yang tertulis 
'Nabi Isa adalah Raja'. Isteri dan dua anak perempuan saya ikut serta dalam 
pertemuan itu.

  Saya terkejut kerana saya menantikan seorang yang bertubuh sasa dengan jubah, 
serban, berjanggut paras dada dan bulu kening bercantum di dahi. Tetapi lelaki 
ini jauh berbeza, tiada janggut dan kepalanya hampir botak. Yang pasti, 
orangnya menyenangkan dan mesra. Semua ini jauh daripada sangkaan awal saya. 
Pun begitu, matlamat saya pada masa itu hanya satu iaitu, 'menyelamatkannya'.

  Ketuhanan

  Saya banyak bertanyakan soalan kepadanya, terutamanya yang berkaitan dengan 
ketuhanan dan perihal nabi-nabi. Dia banyak mengiyakan. Kami semakin rancak 
berbual dan semenjak itu hubungan kami semakin rapat. Saya dapat rasakan yang 
dia seorang yang baik, pendiam dan sedikit pemalu. Banyak topik yang kami 
bualkan acap kali bertemu dan ada ketikanya saya cuba selitkan beberapa mesej 
tentang agama kami. 

  Pada suatu hari saya dapat tahu bahawa teman Islam saya, Mohamed terpaksa 
berpindah dan tinggal sementara waktu di masjid. Kami bersetuju menumpangkan 
Mohamed di rumah besar kami. 

  Pengenalan pendek dengan seorang lelaki yang mengakui paderi Kristian yang 
telah melakukan kerja-kerja mubaligh untuk gereja lebih 12 tahun di selatan dan 
tengah Amerika Syarikat dan Mexico serta di New York membawanya tinggal bersama 
kami dan Mohamed. Kami berbual tentang konsep kepercayaan dalam agama Islam. 

  Mengejutkan saya apabila diberitahu bahawa setiap paderi Katolik, mereka 
belajar agama Islam dan ada di antaranya yang memiliki doktor falsafah dalam 
subjek itu. Ini satu yang baru bagi saya.

  Semenjak itu kami sentiasa berbincang tentang agama masing-masing. Kami 
pernah bertanyakan perubahan versi kitab masing-masing. Pernah sekali saya 
bertanyakan kepada Mohamed sejak 1,400 tahun sudah ada berapa versi al-Quran. 
Pendek jawapannya hanya ada satu iaitu al-Quran malah ia telah dihafal oleh 
jutaan manusia. Bagi saya ini sesuatu yang mustahil. Bagaimana kitab saya boleh 
berubah-ubah sedangkan al-Quran tetap terpelihara.

  Pada suatu hari teman paderi saya bertanyakan Mohamed keinginannya untuk 
mengikutnya ke masjid untuk mengetahui keadaan di sana. Sekembalinya mereka, 
saya bertanya kepada paderi itu apa yang dilakukan oleh orang Islam? Dia 
memberitahu, tidak ada apa yang dilakukan hanya sembahyang dan pulang. Pelik, 
tidak ada ceramah ataupun nyanyian.

  Beberapa hari kemudian, sekali lagi paderi itu mahu mengikut Mohamed ke 
masjid. Kali ini mereka pergi agak lama sehingga hari sudah gelap. Bila pulang 
saya dapati, Peter (paderi) sudah melakukan syahadah. Saya terkejut dan 
semalaman memikirkan hal itu, lalu menceritakan kepada isteri. Tambah 
mengejutkan, apabila isteri saya juga menyuarakan hasratnya untuk bergelar 
Muslim kerana mengakui kebenaran Islam. 

  Saya terus memanggil Mohamed dan kami berbincang sepanjang malam sehingga 
masuk waktu solat Subuh, Mohamad meminta izin untuk melaksanakan kewajipannya. 
Pada detik itu, saya menyedari erti kebenaran dan sudah tiba masanya untuk saya 
membuat pilihan yang bakal menyelamatkan saya sama ada di dunia mahupun 
akhirat. 

  Saya ke belakang rumah, ambil sekeping papan lapis dan di situlah saya sujud 
mengadap kiblat. Saya meminta, kepada-Nya petunjuk dan bimbingan. Selepas dari 
itu, saya benar-benar dapat merasakan perubahan di dalam diri. Saya terus naik 
ke atas dan mandi dengan harapan ia akan membersihkan dosa-dosa. Saya kini 
seorang yang baru dan berazam membina kehidupan atas dasar kebenaran. 

  Pukul 11 pagi hari itu, saya mengucap syahadah bersama dua saksi iaitu 
sebelum ini Father Peter Jacob dan Mohamed Abel Rehman. Kemudian diikuti isteri 
dan beberapa bulan selepas itu, bapa pula melafazkan syahadah. Anak-anak saya 
dipindahkan dari sekolah Kristian kepada sekolah Muslim. Sepuluh tahun kemudian 
mereka berjaya menghafal al-Quran. Akhir sekali, ibu tiri saya pula mengakui 
kebenaran Islam."

Kirim email ke