*Hidup bawah pancaran maut <http://www.biovco.com/thyroid-3kh.php>*

KELANA JAYA: Ibarat telur di hujung tanduk. Itulah situasi dihadapi penduduk
Taman Subang di sini, yang dipercayai berisiko lebih tinggi diserang kanser
dan pelbagai penyakit kronik lain berikutan tinggal berhampiran menara
pemancar telekomunikasi.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat Profesor Bersekutu Fakulti Perubatan
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Adlina Suleiman, bersama 10
pelajarnya, baru-baru ini, melalui kajian kesan radiasi menara pemancar
telekomunikasi terhadap penduduk di taman perumahan itu.

Anak lelakinya dimasukkan ke hospital kerana mengalami ketumbuhan pada wajah
dan peliknya selepas dirawat, ketumbuhan itu kembali berulang.

Anak perempuannya pula dijangkiti 'herpes zoster' iaitu sejenis kayap yang
tidak akan menyerang sistem imun badan orang normal.
Hasil kaji selidik dua minggu membabitkan 170 penduduk taman perumahan itu
mendapati 8.23 peratus responden dilaporkan diserang kanser berbanding tidak
sampai satu peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat negara ini mengalami
penyakit sama.

Kebanyakan kes berlaku sesudah sebuah menara pemancar telekomunikasi
didirikan di taman perumahan itu 10 tahun lalu, sekali gus menimbulkan
persoalan sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung dengannya.

Dr Adlina yang turut menghuni taman perumahan itu mengambil inisiatif
membuat siasatan mengenai bahaya kesan radiasi gelombang elektromagnetik
(EMR) dihasilkan menara pemancar telekomunikasi sebelum melakukan kaji
selidik dua minggu membabitkan 170 responden terbabit.

"Mengikut kajian satu badan dibiayai Kesatuan Eropah (EU) yang dipanggil
Reflex menunjukkan, wujud kemungkinan gelombang elektromagnetik bertenaga
rendah (EMF) dapat memusnahkan kromosom, merubah aktiviti sesetengah gen dan
mempercepatkan pembahagian sel.

"Ini bermakna ada kemungkinan sesiapa yang mempunyai sel kanser peringkat
awal berdepan risiko maut secara mendadak jika masuk ke Taman Subang dengan
percambahan segera sel itu yang dipertingkatkan melalui gelombang EMF.

"Dengan jumlah lebih 50 antena dan cakera pemancar gelombang yang dipasang
pada menara berkenaan, bayangkan berapa banyak gelombang EMF terpaksa
diserap penduduk setiap hari," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, objektif kaji selidik yang dilakukannya untuk menentukan
kesan EMR terhadap penduduk Taman Subang membabitkan kejadian kanser,
simptom tertentu, kekerapan sambaran kilat dan kebimbangan penduduk setempat
berhubung kewujudan menara telekomunikasi berkenaan.

"Hasil kaji selidik itu menunjukkan angka mengejutkan membabitkan kejadian
kanser di kalangan penduduk apabila mendapati 18.8 peratus daripada
responden lelaki berumur 40 hingga 59 tahun diserang kanser berbanding hanya
0.21 peratus penduduk lelaki Malaysia dalam lingkungan usia sama
mengalaminya.

"Responden wanita pula dalam lingkungan usia sama 2.56 peratus berbanding
hanya 0.38 untuk keseluruhan kes di negara ini.

"Bagi lelaki berumur 60 ke atas (responden) pula, 11.54 peratus penduduk
Taman Subang mengalaminya berbanding lelaki negara ini yang seusia (0.94
peratus), manakala wanita seusia di Taman Subang 13.3 peratus berbanding
0.67 peratus di Malaysia.

"Secara amnya, 8.23 peratus di kalangan 170 responden mengalami kanser
berbanding tidak sampai satu peratus membabitkan keseluruhan populasi
penduduk negara ini mengalaminya," katanya.

Menurutnya, kaji selidik berkenaan dibuat membabitkan penduduk yang tinggal
dalam lingkungan jarak 120 meter dari menara berkenaan dengan populasi
penduduk dibahagikan tiga zon lingkungan iaitu Radius A yang berjarak 40
meter, Radius B (80 meter) dan Radius C (120 meter).

"Penduduk yang tinggal dalam Radius A mengalami simptom paling tinggi
membabitkan keluhan pening, hilang ingatan, kurang penumpuan, loya,
kemurungan, hilang selera makan, sakit kepala, gangguan penglihatan,
gangguan waktu tidur dan ketidakselesaan, manakala penduduk yang tinggal
dalam Radius B pula mengalami gangguan haid, penurunan keinginan syahwat,
masalah kardiovaskular, kelainan pergerakan, gangguan pendengaran, keletihan
serta ketidakselesaan.

"Walaupun simptom itu semakin berkurangan apabila menuju Radius C, zon
berkenaan mencatat distribusi kes kanser paling tinggi," katanya.

Dr Adlina berkata, pihak berkuasa perlu mengambil langkah sewajarnya dengan
menghentikan operasi menara telekomunikasi itu seberapa segera untuk
kesejahteraan penduduk.

"Saya sendiri terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM20,000 untuk merawat dua
anak. Anak lelaki saya dimasukkan ke hospital kerana mengalami ketumbuhan
pada wajah dan selepas dirawat, kembali berulang. Anak perempuan saya pula
dijangkiti 'herpes zoster' iaitu sejenis kayap yang tidak akan menyerang
sistem imun badan orang normal. Seluruh ahli keluarga kami juga sentiasa
berasa pening kepala melampau.

"Selain itu, kedudukan menara yang terlalu hampir dengan rumah penduduk
iaitu sekadar 10 meter menimbulkan persoalan kerana garis panduan
dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan jarak 150 meter,"
katanya.

*Lain-lain INFO : Hipotiroidisme penyakit rahsia - KLIK
DISINI<http://www.biovco.com/thyroid-3kh.php>
*
<[EMAIL PROTECTED]>


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke