*Menjawab mitos diet
<http://www.biovco.com/darah-tinggi-8g.php>*

KEBANYAKAN daripada kita 'menghidap' menyakit malas. Berbanding pergi ke
gimnasium atau keluar berjoging, ramai di antara kita yang masih percaya
pada krim dalam botol yang menjanjikan paha dan pinggang yang lebih
terbentuk dan langsing.

Selain itu, kini sudah muncul banyak jenis diet yang dicipta oleh kita
sendiri. Soalnya, maklumat dan tabiat apakah yang perlu kita ikuti?

*Tidak makan nasi*

Hasratnya adalah untuk mengurangkan berat badan, tetapi jika dilakukan
dengan kaedah yang salah, ia boleh membuatkan anda berasa lemah dan tidak
sihat.

Rasa letih, sembelit dan komplikasi perut lain adalah masalah yang boleh
berlaku, termasuklah kesan jangka panjang seperti penyakit jantung dan
kanser kolon.

Sama seperti lemak, karbohidrat sering dipandang buruk dan membahayakan
mereka yang menjaga ukur lilit pinggang. Sedangkan pakar kesihatan
menyatakan bahawa karbohidrat diperlukan untuk menjana tenaga. Sejumlah 130
gram karbohidrat disyorkan dalam pengambilan harian.

Karbohidrat sihat terkandung dalam bijirin penuh, buah-buahan dan
sayur-sayuran sementara sumber seperti minuman soda dan makanan yang
menggunakan tepung boleh dilupakan.

*Makanan rendah lemak*

Kita percaya rendah lemak bermakna kurang kalori, lalu ia lebih sihat
berbanding lemak penuh. Anda silap. Tidak semuanya semudah yang anda congak
di dalam fikiran.

Produk rendah lemak lazimnya mempunyai kandungan tambahan seperti gula dan
tepung yang tinggi. Ia membuatkan anda lebih cepat berasa lapar.

Adakalanya produk berlabel 'rendah lemak' mengandungi lebih banyak kalori
daripada produk lemak penuh.

Maka satu-satunya cara untuk memastikan produk rendah lemak yang diambil itu
benar-benar memanfaatkan kesihatan, periksa maklumat kandungan dan nutrisi
mengikut perbandingan antara kedua-dua jenis produk.

Jika anda berpuas hati, barulah membelinya untuk diisi ke dalam peti sejuk
dan perut anda!

*Kalori jadi lemak*

Di kalangan masyarakat bandar, 'kepercayaan' ini merujuk kepada kalori yang
diambil selepas waktu matahari terbenam. "Oh! Hari sudah bertukar malam,
jangan makan banyak sebab nanti kita terus tidur dan tidak menggunakannya!"

Fakta sebenarnya adalah: Jika anda makan lebih banyak kalori berbanding yang
digunakan oleh tubuh dalam sehari, lemak tetap terbentuk daripada simpanan
kalori yang tidak digunakan. Maka, tiada kaitan khusus antara kalori dengan
waktu ia diambil.

*Banyak minum air*

'Saya kurus kerana banyak minum air'. Kalau orang yang berkata demikian itu
benar sudah kurang berat badannya, anggaplah sama ada dia bertuah, atau
kurang bijak.

Jika tabiat meminum air manis seperti jus, soda serta teh berperisa
digantikan dengan air kosong, ini bermakna pengambilan kalori yang kurang
dan ia boleh mengurangkan berat badan.

Namun, pengambilan air yang sengaja ditambah tidak akan mengurangkan berat
badan. Biarpun air boleh membuatkan seseorang berasa cepat kenyang, namun ia
bersifat sementara.

Ini kerana rasa lapar bukan datang semata-mata daripada saiz dan fungsi
perut yang minta diisi, tetapi juga keperluannya untuk menyerap nutrisi
dalam makanan. Banyak minum air juga tidak meningkatkan metabolisme atau
'mencuci' lemak.

*Bersenam ketika lapar*

Ia boleh membakar lebih banyak lemak, bukan? Tidak semudah itu! Apabila
sedang melakukan rutin aerobik, tubuh manusia membakar lemak serta
karbohidrat yang tersimpan dalam makanan yang baru dimakan.

Maka, jika snek dan hidangan sebelum bersenam itu tidak diambil, maka tiada
karbohidrat simpanan untuk dibakar dan sebaliknya sistem tubuh akan mula
menggunakan jisim otot sebagai ganti.

Kekurangan otot bermakna kadar metabolisme yang rendah. Anda juga akan cepat
berasa letih dan seterusnya tidak banyak kalori yang berjaya dibakar.

Seseorang perlu makan sekurang-kurangnya tiga atau empat jam; atau mengambil
snek satu atau dua jam sebelum mula bersenam.

*Makan kerana bersenam*

Ramai yang menyangka mereka boleh makan apa sahaja sekiranya rajin bersenam.
Benarkah?

Sesi mengayuh basikal atau berlari di atas treadmill selama setengah jam di
gimnasium masih belum memberikan anda lampu hijau untuk menyerbu meja bufet
sesuka hati.

Walaupun senaman membakar kalori, berat badan masih cenderung untuk
bertambah jika seseorang mengambil saiz hidangan besar bagi makanan yang
tidak sihat.
Sering mengeluarkan peluh bukan memastikan anda terselamat daripada kesan
daripada setiap yang dimakan. Namun, bukan bermakna anda tidak boleh
memuaskan keinginan itu sekali-sekala.

*LAIN-LAIN INFO : Darah tinggi pembunuh senyap - Klik
Disini<http://www.biovco.com/darah-tinggi-8g.php>
*


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke