*Perjelas kesan radiasi* <http://www.biovco.com/thyroid-48dt.php>
KUALA LUMPUR: Penduduk berhak menerima penjelasan berhubung kaedah pengukuran termasuk aspek teknikal terhadap kajian yang dilakukan sebelum menara pemancar telekomunikasi dipasang di sekitar kawasan perumahan mereka. Pensyarah dan penyelidik, Jabatan Fizik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Zulkifly Abbas, berkata walaupun ada garis panduan ditetapkan Suruhanjaya Antarabangsa Perlindungan Radiasi Bukan Pengionan (ICNIRP) yang perlu dipatuhi, prosedur dan cara pengukuran bagi membina menara pemancar di negara ini masih diragui. "Ia perlu diperjelaskan secara terperinci terutama kepada penduduk yang akan menerima akibat daripada kesan radiasi berkenaan. "Walaupun ada standard, kita masih tidak pasti sama ada menara pemancar itu benar-benar mengikut piawaian yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam. Beliau diminta mengulas pendedahan Harian Metro mengenai risiko tinggi penduduk diserang kanser dan pelbagai sakit kronik lain berikutan tinggal berhampiran menara pemancar telekomunikasi di Taman Subang, Kelana Jaya. Pendedahan mengejutkan itu dibuat Prof Madya Dr Adlina Suleiman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), berdasarkan hasil kajian kesan radiasi menara pemancar telekomunikasi terhadap penduduk di taman perumahan berkenaan yang dilakukannya bersama 10 pelajar, baru-baru ini. Beliau yang turut menghuni taman itu mengambil inisiatif membuat siasatan mengenai bahaya kesan radiasi gelombang elektromagnetik (EMR) dihasilkan menara pemancar telekomunikasi sebelum melakukan kaji selidik dua minggu membabitkan 170 responden. Selain itu, Dr Zulkifly berkata paras maksimum medan yang dibenarkan ICNIRP kepada pancaran radiasi EMR ialah berdasarkan nilai ketumpatan elektrik, ketumpatan magnet termasuk kadar serapan tentu (SAR). "Secara umumnya, pendirian terkini yang dinyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah tiada kesan kesihatan berpunca daripada kesan radiasi medan EMR sekiranya menara pemancar telekomunikasi yang dibina mengikut panduan ICNIRP. "Nilai ketumpatan elektrik, ketumpatan magnet, SAR mesti diukur mengikut prosedur untuk memastikan penduduk benar-benar berada di zon selamat. "Penduduk pula mesti diberi nilai ukuran tepat, kaedah pengukuran yang digunakan nilai ketidakpastian yang diukur, kejituan bacaan, alat yang digunakan dengan lengkap," katanya. Dr Zulkifly berkata, hanya pengukuran secara menyeluruh boleh menentukan punca sebenar radiasi sama ada disebabkan menara pemancar atau faktor lain. *Lain-lain INFO : Wanita bimbang tiroid jejas kandungan - KLIK DISINI*<http://www.biovco.com/thyroid-48dt.php> [Non-text portions of this message have been removed]
