*Bekam berkesan cegah penyakit <http://www.biovco.com/bekam-09rf.php?ref=yg>
*

Apakah bekam? Ia adalah proses membuang darah toksik dari dalam tubuh
melalui permukaan kulit sebagai organ terbesar manusia.

Bekam dikatakan teknik detoksifikasi yang berkesan dan dapat merawat
pelbagai penyakit dan memulihkan fungsi tubuh.

Teknik ini dikatakan berasal dari China sejak 1,500 tahun lalu. Ada juga
pendapat menyatakan asal-usul bekam bermula di Timur Tengah dengan
masyarakat Arab memanggil teknik ini sebagai al-Hijamah yang bermaksud
membuang darah kotor.

Bagaimanapun, sejak sekian lama bekam mempunyai imej negatif bukan saja di
negara ini, malah di kebanyakan negara yang mengamalkan teknik ini.

Masih wujud hingga hari ini, pemandangan orang berkerumun di tepi jalan
menyaksikan tukang bekam melaksanakan tugas. Pelanggan pula duduk di atas
kerusi dengan gelas kaca atau tanduk kerbau melekat pada belakang badan.

Tanpa menghiraukan suasana sesak dan habuk berterbangan, bekam dilabelkan
sebagai amalan perubatan tradisional tepi jalan.

Ini menyebabkan bekam sering dipandang serong oleh majoriti masyarakat di
negara ini, terutama apabila kemudahan perubatan moden semakin baik dan
mudah diperoleh, apatah lagi apabila perubatan tradisional diukur
berdasarkan piawaian perubatan moden.

*Baca artikel penuh - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/bekam-09rf.php?ref=yg>
*

**


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke