*Virus demam aktif dalam suhu sejuk <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

Sekumpulan saintis di Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS)
mendakwa telah menemui sebab utama mengapa demam sering menyerang manusia
pada waktu sejuk.

Dalam laporan diterbitkan jurnal *Nature Chemical Biology*, mereka mendapati
virus terbabit disaluti bahan berlemak yang boleh mengeras seumpama jeli
bagi melindungi ia daripada suhu sejuk.

Namun, pakar-pakar lain sangsi dengan penemuan baru itu kerana terdapat
pelbagai virus demam yang ditemui di kawasan tropika.

Bagaimanapun, sebuah kajian membuktikan virus cuma menyerang sebaik salutan
tersebut mencair.

Malah jika ia cair tidak cukup matang atau tidak sempat memasuki lapisan
hos, ia akan mati. Ia sekali gus menyebabkan manusia bebas dari serangan
demam biarpun dalam cuaca sejuk melampau.

Pengarah Institut Kesihatan Kanak-kanak dan Perkembangan Manusia Kebangsaan
AS, Dr. Duane Alexander berkata: "Hasil kajian membolehkan saintis mencari
jalan menghapuskan salutan virus demam." - Agensi

*BACA LAIN-LAIN INFO <http://www.biovco.com/?ref=yg>*


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke