*Bahaya makanan segera - punca
penyakit<http://www.google.com.my/search?sourceid=navclient&ie=UTF-8&rlz=1T4ADBF_enMY251MY251&q=darah+tinggi+biovco>
*

Makanan segera sebenarnya adalah makanan yang mengandungi kandungan lemak
trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi. Ia juga dikategorikan
sebagai 'sampah' dan mengancam kesihatan terutama kanak-kanak.

Penyakit-penyakit yang dicetuskan oleh makanan ini adalah kegemukan,
diabetes, jantung dan kanser.

Apa itu makanan segera? Laman web Wikipedia merujuk makanan segera sebagai
makanan yang dimasak terlebih dahulu dalam jumlah yang besar dan cuma perlu
dipanaskan semula mengikut kehendak pembeli.

Ia biasanya tidak berkhasiat dan pendedahan mengenai keburukannya mengatasi
kebaikan.

Dalam konteks Malaysia, ia bukan lagi datangnya dari restoran-restoran
makanan segera yang lazim dikenali, tapi merangkumi makanan sejuk beku yang
dipercayai mengandungi bahan pengawet yang berbahaya.

Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan minuman
segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mi segera, minuman
bergas, gula-gula, burger dan coklat.

Makanan terbabit merupakan penyumbang kepada penyakit seperti sakit jantung,
kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang dihidapi kira-kira tiga
juta penduduk negara ini.

Malah, dua juta rakyat negara ini iaitu 8.5 peratus daripada 26 juta
penduduk, didapati menghidap penyakit diabetes, yang kebanyakannya berpunca
daripada makanan.

CAP dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid sekolah
menjadi sasaran kepada makanan segera dan terdedah kepada gejala penyakit
kritikal itu sejak di usia muda.

*Baca info mengenai penyakit DIABETES - Klik
Disini<http://www.google.com.my/search?sourceid=navclient&ie=UTF-8&rlz=1T4ADBF_enMY251MY251&q=kencing+manis+biovco>
*
**
*Baca info mengenai penyakit Takanan Darah Tinggi - Klik
Disini<http://www.google.com.my/search?sourceid=navclient&ie=UTF-8&rlz=1T4ADBF_enMY251MY251&q=darah+tinggi+biovco>
*
**
*Rawatan dan Sihat Tanpa
Ubat<http://www.google.com.my/search?sourceid=navclient&aq=t&ie=UTF-8&rlz=1T4ADBF_enMY251MY251&q=biovco>
*


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke