*Kawal diabetes, elak komplikasi <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

Merawat segera diabetes adalah sangat penting untuk memastikan tiada
komplikasi lain terjadi akibat penyakit ini. Lebih buruk lagi, sekiranya
seseorang pesakit turut menghidap 'pakej' penyakit lain termasuklah darah
tinggi dan jantung.

*Diagnosis*

Diagnosis diabetes mellitus dibuat melalui ujian darah.

Paras glukos darah semasa puasa yang melebihi 7 mmol/L atau pada bila-bila
masa melebihi 11.1 mmol/L merupakan paras yang dikategorikan sebagai
diabetes mellitus.

Mereka yang mempunyai faktor risiko untuk mendapat diabetes dinasihatkan
menjalani ujian darah dari semasa ke semasa walaupun mereka tidak mempunyai
apa-apa tanda. Ini adalah kerana ada kemungkinan besar mereka menghidap
penyakit ini walaupun tidak ada tanda-tanda.

Mereka yang tidak mempunyai faktor risiko juga dinasihatkan menjalani ujian
darah kerana faktor usia di mana dengan peningkatan usia, risiko diabetes
juga meningkat.

Faktor-faktor risiko

Faktor-faktor risiko penyakit ini termasuklah keturunan, kegemukan (obesiti)
dan kurang aktiviti fizikal. Sejarah keluarga yang berpenyakit diabetes akan
meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit ini.

Orang yang gemuk juga berisiko tinggi dan obesiti ditakrifkan sebagai indeks
jisim tubuh (berat badan (kg)/ketinggian (m2)) melebihi 30 kg/m2 atau
lilitan pinggang melebihi 80 sm (wanita) dan 90 sm (lelaki).
Obesiti dan kurang aktiviti fizikal boleh mengakibatkan diabetes mellitus
kerana menyebabkan rintangan insulin di mana insulin yang dikeluarkan oleh
sel beta pankreas kurang berkesan untuk menurunkan paras glukos dalam darah.

*Baca Maklumat Lanjut - KLIK DISNI* <http://www.biovco.com/?ref=yg>


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke