*Puasa, tarawih himpun pahala, hapus dosa <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

*BACA Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

*Oleh Wan Aminurrashid

*MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan
kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan.

Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini,
sewajarnya bersyukur. Ia adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk
mereka memperbaiki diri, memperbanyak dan menambah bekalan berupa amal soleh
buat persiapan menuju alam baqa.

Kesempatan yang sangat bernilai ini, sewajarnya direbut, sekali gus berazam
untuk melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya.

Ramadan menurut istilah Arab bererti terlampau panas. Mengikut sejarah,
sewaktu ingin meminda nama bulan daripada bahasa lama kepada yang baru,
bangsa Arab menamakannya mengikut suasana/keadaan yang berlaku pada sesuatu
masa tertentu.

Kebetulan suasana waktu itu terlalu panas, maka dinamakan Ramadan. Dapat
juga difahami bahawa dengan makna 'terlalu panas' itu, maka Ramadan dapat
membakar segala dosa orang mukmin menerusi pelbagai ibadat yang dilaksanakan
dengan penuh ikhlas seperti berpuasa dan solat Tarawih.

Nabi Muhammad bersabda maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada Ramadan dengan
penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu."(Hadis
riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam mensia-siakan atau tidak
memanfaatkan kedatangan Ramadan yang sebentar itu dengan kerja kebajikan.
Perkara ini kerana pada bulan inilah Allah memberi banyak keistimewaan iaitu
berupa ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan. Ia
tidak dikurniakan Allah pada bulan lain.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda :"Sekiranya manusia mengetahui kebajikan
yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya
Ramadan berlaku sepanjang tahun." (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).

Ramadan hadir membawa rahmat serta maghfirah (keampunan) Allah. Allah akan
mengurniakan pahala yang berlipat ganda bagi setiap ibadat wajib yang
dilakukan pada Ramadan. Satu ibadat wajib pada Ramadan menyamai 70 ibadat
wajib di luar Ramadan, manakala ibadat sunat akan mempunyai nilai yang sama
dengan ibadat wajib apabila dilakukan dalam Ramadan. Malah, segala bentuk
kebajikan sekecil dan seringan mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas pada
Ramadan mengandung nilai ibadat.

Peluang umat Islam mengaut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sangat
terbuka luas melalui pelaksanaan pelbagai ibadat yang menjanjikan pahala
berganda. Ini seperti membaca dan bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah,
beriktikaf, berselawat, solat Tarawih serta ibadat sunat lain, selain solat
fardu.

Ramadan adalah bulan yang dimakbulkan doa, bulan Allah memberi pengampunan,
bulan penyucian diri, malah tidur dan tarikan nafas seorang mukmin diberi
pahala ibadat.

Berdasarkan beberapa penjelasan hadis, dapat disimpulkan bahawa Ramadan
adalah bulan ibadat iaitu bulan yang pada satu sisi mampu memperbanyak
pelbagai nilai positif atau pahala. Pada sisi lain mampu pula menghanguskan
pelbagai nilai negatif atau dosa.

Pengumpulan pahala secara besar-besaran seiring dengan penghapusan dosa itu,
dihasilkan menerusi pelbagai bentuk ibadat dan amalan soleh, baik yang
berbentuk wajib mahupun sunat.

Dua ibadat yang menjadi inti amaliah Ramadan ialah puasa dan solat Tarawih.
Dua jenis ibadat itu mampu menawarkan kedua-dua sisi di atas iaitu
pengumpulan pahala dan penghapusan atau pembakaran dosa.

Oleh kerana puasa dan solat Tarawih adalah ibadat istimewa pada Ramadan,
maka apabila ia dilakukan dengan sempurna dan ikhlas, seseorang itu akan
meraih ganjaran pahala berlipat ganda. Ternyata pada masa sama, hasil
pelaksanaan puasa dan ibadah Tarawih, sekali gus juga menghapuskan dosa

Perkara itu sesuai dengan sabda Nabi bermaksud: "Ramadan adalah bulan yang
Allah telah memfardukan atasmu berpuasa dalamnya, dan aku telah mensunahkan
bagimu berdiri dan beribadah pada malamnya. Barang siapa berpuasa dan
bersolat lail (Tarawih) kerana iman dan kerana mengharapkan Allah, nescaya
dia keluar daripada dosanya, bagaikan bayi yang baru dilahirkan oleh
ibunya."(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Abu Hurairah).
*BACA Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*
**


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke