*20 maut serangan peluru berpandu AS di Pakistan<http://www.biovco.com/?ref=yg>
*

MIRANSHAH 4 Okt. - Penduduk kampung di Pakistan memungut cebisan anggota
badan sekurang-kurangnya 20 orang termasuk beberapa suspek militan Arab yang
terbunuh dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah
rumah di kawasan kabilah barat laut negara ini.

Sebuah pesawat pengintip tanpa juruterbang melancarkan serangan itu malam
tadi ke atas kampung Mohammad Khel, 30 kilometer ke barat Miranshah, wilayah
Waziristan Utara yang dikenali sebagai tempat persembunyian pejuang Al-Qaeda
dan Taliban.

"Kami mengesahkan 20 orang terbunuh termasuk lapan penghuni rumah, lima
penduduk tempatan lain dan tujuh warga asing," kata seorang pegawai
perisikan hari ini.

Warga asing itu dipercayai bangsa Arab, walaupun kerakyatan mereka belum
diketahui, katanya.

Menurut akhbar *News*, serangan itu dilancarkan berdasarkan maklumat bahawa
warga asing berkenaan telah dijemput oleh anggota kabilah pro-Taliban untuk
menghadiri jamuan Aidilfitri.

Berdepan dengan kebangkitan pemberontak Taliban di Afghanistan, tentera AS
dalam sebulan lalu melancarkan lapan serangan peluru berpandu dengan pesawat
tanpa juruterbang dan satu serangan komando ke kawasan sempadan sebelah
Pakistan.

Serangan udara itu dan penggunaan tentera darat buat kali pertama telah
mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara sekutu itu. - Reuters


*TAWARAN ISTIMEWA - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/beli.php?ref=yg>*


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke