Netters,
Ini ada artikel versi Malaysia mengenai buah mengkudu sekedar menambah
pengetahuan kita.
Tengok di:http://www.geocities.com/morinda99/mpokok.html

Sulaiman

Pokok Mengkudu
Pokok Mengkudu bukanlah asing bagi kita di Malaysia. Ia adalah tumbuhan
tropika yang daunnya digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulam.
Buahnya sekali-sekala digunakan sebagai makanan selepas bersalin. Seringkali
sepemakannya tidak mengetahui sebab dan tujuan ia dimakan. Biasanya buah
tersebut dipetik dan diperam diatas garam atau didalam beras dan bila sudah
masak, ia dimakan begitu sahaja.

Di Indonesia buah ini juga popular digunakan sebagai "buah rojak" serta
dimakan bersama-sama kuah rojak atau dicampur dengan buah-buahan lain
sebagai rojak.

Bagi penduduk kepulauan Polynesia dan Hawaii lain pula halnya, mereka lebih
mengutamakan buahnya. Sejak lebih kurang 2000 tahun yang lalu, penduduk di
kepulauan tersebut telah menggunakan buah mengkudu sebagai ubat untuk
berbagai jenis penyakit. Kerana khasiatnya yang sungguh istimewa itu, mereka
menggelarkannya sebagai "Pain Killer", "Headache Tree" dan "Cheesefruit".
Nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia dan di Hawaii dikenali sebagai
Noni.


Mengkudu sebenarnya berasal dari Asia Tenggara termasuk Malaysia melalui
laut yang dihanyutkan dari satu pulau ke satu pulau. Kepulauan Carribean
terutama Tahiti adalah satu kepulauan yang subur dengan tumbuhan mengkudu.



----------------------------------------------------------------------------
----




---
To subscribe, e-mail   : [EMAIL PROTECTED]
Netika BerInternet     : [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke