bro edi,
pustakaan ICT mini tu,tinggi tak lokasi dia?
kang tenggelam dek banjir kang..abis rosak buku2.hehe

Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:                               
Berbanyak terima kasih diucapkan. Atas sumbangan untuk bahan aktiviti
 kanak-kanak. Semoga ianya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
 
 Alamat lengkap surat menyurat telah saya kirimkan melalui e-mel
 persendirian puan sebentar tadi.
 
 Nama Baru bagi perpustakaan ICT Mini Pusat ICT Kok Pasir ialah:
 
 PUSAT SUMBER MAKLUMAT DESA, KG. KOK PASIR.  (PSMD)
 
 Sumbangan buku-buku dan bahan-bahan bacaan adalah diperlukan dan diucapkan
 berbanyak terima kasih. Sumbangan ikhlas dalam bentuk kewangan pun boleh
 juga untuk dibeli buku-buku yang sesuai.
 
 Saya sedang hasilkan sebuah laman web khas untuk Pusat Sumber Maklumat ini
 dan bila boleh diakses nanti saya akan umumkan .
 
 -- 
 Ediramle Ismail
 
 On Mon, December 10, 2007 7:54 am, Siti Aminah Mat wrote:
 beri  alamat  utk saya  kirimkan  bahan  utk aktiviti  kanak-kanak. alamat
 pos tau...
 
 Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:          Saya berhajat nak
 hidupkan kembali perpustakaan yang ditempatkan di PICTKP
 (Pusat ICT Kok Pasir) yang kini sungguh malap sejak saya berpindah rumah
 dan menutup sementara PICTKP kerana masalah talian Internet yang sangat
 tidak "terpakai" di sini.
 
 Kini saya buka semula PICTKP untuk harapan ada anak-anak kampung dan
 masyarakat berdekatan datang untuk menaip dan membuat kerja-kerja melalui
 taip menaip. Saya tidak membenarkan sama sekali komputer di PICTKP untuk
 permainan Game (kecuali oleh anak bongsu saya) .
 
 Setelah dibuka semula selepas ditutup sementara dekat setengah tahun.
 Sambutannya menjadi begitu dingin dan hampir tidak ada mereka yang datang.
 Walaupun kemudahan sedikit sebanyak telah ditambah.
 
 Di PICTKP itu saya tempatkan buku-buku yang saya beli sedikit demi sedikit
 dan dikumpulkan selama bertahun-tahun . Saya telah menamakannya sebagai
 Pustaka mini ICT. Dengan nama ini saya kira ia dirasakan berat oleh
 anak-anak untuk datang baca walaupun di dalamnya lebih banyak buku-buku
 agama dan novel berbanding dengan buku-buku lain.
 
 Saya nak ubah nama perpustakaan Mini tersebut dengan nama lain yang lebih
 disukai dan nampak lebih sesuai untuk kanak-kanak datang membaca.
 
 Kini saya terfikir nak tambah bahan bacaan yang pastinya berguna untuk
 dibaca. Saya tak mampu beli buku-buku yang banyak. tapi saya rasa nak
 print tulisan-tulisan yang baik di internet dan bandingkan mengikut
 tajuknya dan letakkan di situ supaya kanak-kanak atau orang dewasa yang
 datang boleh baca.
 
 Saya kira, untuk nak bantu masyarakat dengan cara lain mungkin tak
 berkemampuan. Dengan cara ini salah satunya yang boleh dilakukan di antara
 banayak perkara yang boleh dilakukan.
 
 Apakah nama yang patut saya berikan untuk perpustakaan mini di PICTKP ini.
 
 minta pandangan.
 
 --
 Ediramle Ismail
 
 ---------------------------------
 Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
 http://my.mail.yahoo.com/
 
 
     
                               

       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke