____________
Maafkan saya kak, saya dah tak
mampu nak join kawan-kawan lain, ikut program lagi.
Saya nak
Husna mengeluh panjang dan berat, sambil menahan gejolak hatinya yang
kencang. Berat sekali untuk meneruskan kata-kata yang hendak ia ucapkan buat
murabbinya. Tapi di waktu lain, dia benar-benar merasakan dia tak mampu untuk
bersama-sama dengan jemaah dakwah yang ia sertai selama ini.
Fikiran Husna menerawang jauh
mengenangkan detik-detik awal dia memasuki dunia dakwah. Husna akui bahawa
tarbiyahnya yang selama ini dia ikuti memberi impak yang sangat besar kepada
pembentukan peribadinya. Dia mampu mengenakan busana muslimah secara sempurna
kerana tarbiyahnya dan dia juga temukan keindahan ukhuwah dengan tarbiyah,
bahkan dia mampu bekerja sekarang kerana tarbiyah.
Tapi saat ini, keindahan ukhuwah
yang dulu pernah dia rasakan terasa begitu hambar. Kemesraan dan kecintaan yang
dibina bersama teman-teman sehalaqah sudah mula memudar. Husna merasakan
teman-temannya terlalu cepat berjalan dan dia tertinggal jauh. Mereka begitu
sibuk dengan amanah dakwah masing-masing, sementara pada waktu yang sama dia
berasa tenggelam, malas dan letih dengan semua itu. Dia pun tak tau mengapa. Dia
ingin teman-temannya mengerti kelemahan jiwanya dan membantunya keluar daripada
jeratan-jeratan maksiat yang menjadi asbab kepada kemunduran
semangatnya.
Namun ketika mahu dia luahkan
pada mereka, dia lantas berasa sangat malu. Teman-temannya asyik membincangkan
masalah dakwah bersama murabbinya sehingga Husna tak sampai untuk
mengucapkannya.
Fenomena di atas bukanlah
sesuautu yang mustahil dalam putaran dakwah. Jatuh bangunnya
aktivis dakwah dalam meniti jalan ini, fenomena futurnya iman serta berguguran
jundi-jundi dakwah adalah biasa dalam perjuangan ini. Itu adalah sunnatullah.
Imanu Yazid way an quz- Iman itu naik dan turun.
Akan tetapi yang patut disesalkan
adalah ketika berjatuhannya aktivis dakwah ini bukan kerana mereka tidak mahu
bangun dan kembali bersama dakwah, tetapi kerana orang-orang yang
disekelilingnya tidak mahu membantunya bangkit semula bahkan tidak peduli sama
sekali kalau saudaranya sedang terjatuh. Inilah yang patut direnungi
bersama.
Kisah Husna adalah satu contoh.
Kadang-kadang seorang murabbi itu merasakan bahawa anak-anak buahnya sangat
bagus sekali, mendengar pengisian dengan teliti dan bersemangat, mencatat nota
dengan rapi, kemudian pulang ke rumah masing-masing dengan aman. Tiada masalah.
Padahal di sebalik penampilan yang bagus di hadapan murabbinya, ada jurang
kemaksiatan yang dilakukan tanpa pengetahunnya. Anak buah seterusnya mahu
mengundur diri dan merasa diri tidak standing dengan teman-teman
halaqahnya.
Kuncinya adalah
berterus-terang
Mutu sesebuah halaqah itu sangat
bergantung kuat pada kualiti dialog yang dibina di dalam halaqah itu. Tidak
mungkin dialog-dialog itu mampu berlaku dengan bestnya
jika tidak adanya keterbukaan pada jiwa individu(afrod)
yang ada didalam halaqah tersebut. Keterbukaan di sini adalah berterus terang
dalam menyampaikan segala permasalahan walaupun sekecil manapun masalah itu.
Jangan memandang enteng sesuatu masalah itu jika itu memang memerlukan
penyelesaian.
Bagi seorang murabbi tidak
sebolehnya terlalu mempercayai bahawa ia telah memberikan banyak bahan dan
terlalu yakin bahawa madunya telah menjadi kader-kader yang tidak mungkin jatuh
tatkala ketika tersadung batu ujian.
Lihat sahaja kisah terbukaan Kaab
bin Malik di perang Tabuk pada Rasulullah. Panglima besar Islam itu tidak mahu
berperang hanya kerana malas! Namun dia bersimpuh di hadapan Rasulullah sambil
berkata, wahai Rasulullah, andai aku berhadapan dengan selain engkau, aku yakin
aku dapat mencari alasan, namun aku khuatir Allah akan membuatmu marah padaku
dengan mengungkapkan kedustaan itu melalui wahyu
Apa yang ditonjolkan Kaab sudah
cukup menjadi renungan kite semua akan erti keterbukaan,
Eratkan kembali
ukhuwah
Satu lagi perkara yang berperanan
besar dalam menjaga stamina ruhiyah seorang afrod (individu) dalam tarbiyah
adalah ukhuwah. Kadang-kadang kerana kesibukan yang mencengkam, hak-hak ukhuwah
yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita menjadi terabai. Maka wajarlah
bila kita rasakan sewaktu berprogram, pertemuan rutin menjadi kering tanpa
makna. Kosong. Perkara sebegini haruslah diatasi. Sesibuk manapun aktiviti kita,
hak-hak ukhuwah harus tetap kita berikan. Berwajah cerah ketika bertemu, saling
berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya,
Akhirnya saudaraku, tarbiyah itu
unik. Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan(
Dan lebih dari itu,
langkah-langkah ke arah menjadi lebih baik itulah yang menjadikan kita mengerti
akan hakikat hidup berjemaah. Tarbiyah bukanlah segalan-galanya, namun
segalanya-galanya bermula dari tarbiyah. Dari majalah ' Al-Izzah no 19; aktivis dakwah,
bersaudaralah!
Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila terus diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan. Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.
SPONSORED LINKS
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required) Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe __,_._,___ |
- [keluarga-islam] aktivis dakwah, bersaudaralah!' IslahGateway
- Re: [keluarga-islam] aktivis dakwah, bersaudarala... Ade Sanjaya Aliyasa