Rumah di Rimba Jaya menyembah bumi, Samy Vellu diserang 'water cannon'
Nyza Ayob | Foto Wan Zahari
Salleh
Tue | Oct 30, 07 | 5:41:27 pm MYT SHAH ALAM,
30 Okt (Hrkh) - Tanpa belas, tanpa simpati, apa lagi untuk mengendahkan rayuan
penduduk kampung, akhirnya penduduk Kampung Rimba Jaya, dekat sini menerima
nasib yang sama seperti penduduk Kampung Berembang.
-->
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
-->
Menurut laporan seorang penduduk yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi,
kira-kira jam 6.20 pagi, anggota polis, Polis Simpanan Persekutuan (FRU),
pasukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya
(MBPJ) dengan lima buah jentolak memasuki kawasan perkampungan.
Sementara itu, sekatan jalan raya diadakan di beberapa tempat masuk. Manakala
kira-kira jam 7.30 pagi operasi perobohan dilakukan. Sehingga jam 8.55 pagi,
semua rumah yang dihuni oleh 274 keluarga telah dirobohkan.
Pada 3 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan rayuan penduduk agar
tidak dilakukan perobohan ke atas rumah mereka ditolak.
Justeru pada 9 Oktober, Badan Bertindak Penduduk telah menghantar surat rayuan
kepada Menteri Besar Selangor agar memberi kelonggaran terhadap hukuman
perobohan rumah-rumah mereka.
Bagaimanapun pada 19 Oktober, penduduk menerima surat yang dialamatkan kepada
peguam mereka, Teng Chang Khim & Co dan mereka diarahkan berpindah pada atau
sebelum 26 Oktober.
Selain meminta ditangguhkan sehingga 30 Disember kerana anak-anak akan
menghadapi peperiksaan, mereka juga merayu sebagai penyokong Barisan Nasional
(BN), agar jasa mereka dikenang di atas sokongan tersebut dengan memberi
kelonggaran perobohan.
Sementara itu, wartawan Harakahdaily ketika sampai di lokasi kejadian
melaporkan pada jam 1 tengahari Ketua Penerangan PAS Shah Alam, Isma Mohd Ali,
dan Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk Kampung Rimba Jaya bersama Bendahari
PAS, Dr Hatta Ramli bermesyuarat dan mencapai kata sepakat agar Surau
Al-Ijtimaiah di kampung berkenaan dirobohkan secara baik dengan segala kayu
serta peralatannya akan digunakan untuk pembinaan surau baru Maahad Tahfiz
A-Mukri, Puchong.
Dan sebaik sahaja masuk waktu zohor, mereka bersembahyang berjemaah yang
merupakan solat jemaah terakhir di surau tersebut. Turut kelihatan menunaikan
solat tiga orang penguatkuasa MBSA manakala kira-kira 300 orang penguatkuasa
yang lain hanya berehat di sudut surau serta berlegar di sekitar kawasan
kampung tersebut.
Sementara itu, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua turut bertanya khabar
nasib yang menimpa penduduk.
Manakala pada jam 1.50 petang tadi, setelah perbincangan dengan pegawai
penguatkuasa, mereka telah bersetuju surau dirobohkan secara 'manual'.
Dan dalam perkembangan lain,kaum India di kawasan perkampungan tersebut tetap
berkeras mempertahankan agar kuil Sri Maha Mariammah tidak dirobohkan walaupun
dirahkan oleh pihak polis.
Keadaan pula mula menjadi gawat dan kecoh apabila kaum India dari kawasan lain
mula berkumpul di perkampungan tersebut untuk mempertahankan kuil mereka.
Ketika laporan ini disampaikan, mereka dikatakan sedang membuat benteng sampah
dan manusia untuk mengelak daripada diserang daripada pihak FRU.
Namun, pihak polis tetap menerima arahan agar menyerbu dan merobohkan kuil
berkenaan.
Dalam pada itu, kanak-kanak dan golongan ibu turut sama berkumpul dan berdoa
di kuil tersebut.
Dan pada jam 3.30 petang tadi, pihak FRU cuba mara dan pergerakan mereka telah
dihalang apabila kaum India di kampung tersebut meletakkan sebuah lori di
hadapan pintu masuk kuil mereka.
Pada jam 4 petang tadi, keadaan agak genting apabila FRU tetap menceroboh
masuk, dan ditentang oleh penduduk yang cuba mempertahankan kuil mereka.
Dalam pada itu, Presiden MIC, Dato' Seri Samy Vellu yang diiringi pimpinan MIC
yang lain, tiba di tempat tersebut.
Bagaimanapun, sewaktu sedang berunding dengan penduduk India dalam kuil
tersebut, beliau turut dihambur dengan 'water cannon' sebelum sempat dilarikan
oleh pengikut-pengikutnya.
Keadaan menjadi tegang apabila penduduk dan pihak MBPJ saling membaling batu.
Dalam kejadian tersebut, beberapa orang penduduk mengalami kecederaan.
Sungguhpun berkeras agar kuil mereka tidak dirobohkan, kelihatan beberapa orang
di kalangan mereka cuba 'menyelamatkan' barang-barang di dalam kuil tersebut.
Akhirnya, setelah keadaaan reda pihak berkuasa telah menunda operasi
merobohkan kuil setelah Samy Vellu campurtangan dalam konflik perobohan kuil
Hindu. - mks
-->
Salam Perantau & Adilfitri dari pembaca Harakahdaily.Net dari seluruh dunia.
Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini-->Ringankan tanngan dan hulurkan bantuan anda.
Menderma dan bantulah mereka yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah
di Akaun (Maybank) 564070130442. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40213343.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com